Wednesday, December 30, 2009

Kalimah Alhamdulillah Disebut......

Pada tanggal 24 Disember 2009 yang lalu. aku diselubungi perasaan gementar dan penuh dengan kerisauan. Bukannya gementar dan risau kerana Allah tetapi kerana keputusan PMR....
Dua hari sebelum aku mengambil keputusan PMR, setiap derap langkah aku sering diganggu dengan kerisauan yang teramat sehingga membuatkan ku menitiskan air mata setiap kali memikirkannya. Ku titiskan air mata bukan kerana sesiapa tetapi kerana takut menghampakan impian kedua bonda yang disayangi....

Setiap kali ku berdoa diakhir doaku " Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada ku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR... selama ini aku cuma mengecewakan kedua bonda ku, tapi aku berharap Kau makbulkanlah doaku ini agar aku tidak menitiskan airmata mereka berdua lagi...". Aku terus memikirkan benda yang sama sehingga menimbulkan keinginan untuk lari dari rumah. Aku letih kerana sentiasa memikirkan benda ini, tak pernah aku menjadi sebegini rupa...

Bila tiba 24 haribulan aku bersiap awal kerana aku pergi kesekolah dengan menaiki bas. Dengan menaiki bas aku berasa sedikit lega kerana tidak pergi mengambil keputusan bersama kedua bondaku. Sebenarnya kedua bonda mempunyai urusan lain yang membuatkan aku terpaksa menaiki bas... tepat jam 7.30 aku bertolak dari rumah aku ke Kuala Nerang bersama seorang kawanku yang juga merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Aku ditemani umiku dan kakakku yang dipaksa umiku untuk menghantar aku ke Kuala Nerang. Mereka meninggalkan di stesen bas Kuala Nerang tidak keseorangan, aku ditemani dengan doa umiku sebelum aku turun dari kereta....

Selama 5 jam aku menaiki bas untuk sampai kesekolah aku di Bukit Mertajam. Sampai sahaja aku di sekolah aku, aku terus menunjukkan riak wajah yang kurang manis sehingga kawan ku membantu mengembalikan riak wajahku yang asal... aku terus bergerak menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan aku.... setibanya aku di pejabat aku bertemu kawa-kawan ku yang lain, sama seperti aku, risau menunggu keputusan yang diperoleh. Apabila tiba giliran ku aku merasakan masa seperti bergerak perlahan. Jantungku bagai nak luruh. Selesai semua urusan guruku terus memberikan slip peperiksaan PMR aku dan diiringi ucapan TAHNIAH. Aku terkejut dengan keputusan yang aku peroleh, dengan keputusan 7A 1B aku keluar dari pejabat. Diriku diselubungi dengan perasaan seronok bercampur kecewa kerana aku inginkan keputusan 8A. Aku terus menelefon kedua bondaku untuk memberitahu keputusan ini. aku takut kedua bondaku kecewa dengan ku tapi ternyata anggapan aku benar-benar salah. Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku, kini aku juga menitiskan airmata, bukan airmata risau tetapi airmata kegembiraan yang menaikkan semula semangat ku yang terpadam selama ini.

Kalimah Alhamdulillah disebutku berulang kali sehingga aku tiba di rumahku. Aku akan terus membanggakan kedua bondaku kerana apa yang aku pegang selama ini adalah "impian ibubapaku merupakan matlamat ku".


Muhammad Naufal Abd Nasir,
Pelajar SMSTSSS,
0342 a.m.
31/12/2009.

Friday, November 27, 2009

Hatiku masih hitam....

Assalamualaikum.... saya sering melamun berfikir mengenai diri saya yang sedang berada di antara yang benar dan yang salah. Memang kita fitrah manusia untuk melakukan kesilapan, tetapi jika kita muslim yang sejati, yang mukmin kita tidak mungkin akan jatuh di lubang yang sama. Saya kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat menahan nafsu (nafsu makan). Saya dapat merasakan hati saya yang gelap ini kerana setiap kali saya melakukan proses inhalation saya dapat merasakan suatu kesakitan yang jika berterusan tumbanglah saya ke dunia yang gelap.


Sekarang ini ketika saya sedang menulis saya banyak memikirkan hal duniawi berbanding hal ukhrawi. Mengenai keinginan untuk meghafal hadis mungkin amat sukar bagi saya memandangkan diri saya yang sebegini rupa...


Ya Allah, mengapa aku begini Ya Allah, aku sedar aku tidak layak untuk menjejak syurgamu tetapi Ya Allah aku juga tidak mahu tinggal di nerakamu yang penuh dengan azab sengsara... Aku sedih Ya Allah aku sedar aku hanya makhluk ciptaanmu yang hina yang kecil tetapi dipertanggungjawab untuk menjadi khalifah dimuka bumimu, Ya Allah aku takut aku tidak berjaya menjalankan amanah aku sebaiknya sepertimana yang dikehendaki-Mu.... Jika benar aku tergolong di dalam hamba-Mu yang bertaqwa maka titiskanlah airmata ku ini wahai Al-Hakim.


Jadi diatas kesempatan ini, saya Muhammad Naufal bin Abd Nasir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga di Pedu, abg Nazrul di Mesir, kak Naddia di UM, dan seluruh pelajar Islam yang sedang berusaha menegakkan syiar Islam. Dan akhir kata jangan lupa doakan Naufal Dapat 8A dalam PMR... Wassalam


Muhammad Naufal,
Pelajar SMSPP,
Kuala Nerang, Kedah.
4.31 A.M. 28 November 2009

Bolehkah ana menghafal hadis......


Sejak beberapa hari ana rasa tertarik untuk membaca buku-buku abang ana yang disusun kemas tanpa disentuh oleh sesiapa selama ini. Ana membelek buku-buku dan kitab-kitab kepunyaan abang ana yang semuanya berkaitan dengan ISLAM. Tiba-tiba ana terjumpa sebuak buku yang agak tebal dan ana baca tajuk dia adalah, Terjemah Hadis SHAHIH MUSLIM.


Saya pun tak tau apa yang terjadi kepada saya sejak kebelakangan ini terlalu berminat untuk menghafal apa-apa sahaja. Saya bukannya apa, saya rasa masih terlalu mentah untuk menghafal hadis kerana takut tersalah dan keliru untuk mengeluarkan hadis ketika berdakwah. Saya merasakan saya seorang yang sedang memimpin sepasukan tentera Islam yang bersemangat dengan kata-kata saya pabila saya mengeluarkan hadis ketika sedang bercakap.
Ada seorang senior disekolah saya, setiap kali beliau memberikan tazkirah beliau mesti akan mengeluarkan satu hadis sekurang-kurangnya dan itulah yang membuatkan saya tertarik untuk meghafal hadis sedangkan saya masih tidak sesuai dan tidak mempunyai iman seteguh iman para sahabat yang semuanya para ilmuwan.
Jadi saya ingin bertanya kepada para pembaca adakah sesuai untuk saya menghafal hadis secara bersendirian atau perlu berguru untuk menghafal hadis.Wassalam


Sunday, November 8, 2009

Siapakah yang akan memimpin kita ....


Assalamualaikum......
Seorang sahabat Salahuddin bin Ayubi berkata kepada Salahuddin "setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin". Dan kini pemimpin kita ialah Salahuddin bin Ayubi". Semua mesti mengenali hamba Allah yang bernama Salahuddin bin Ayubi penakluk Jerusalem. Beliau merupakan seorang Sultan yang pergi berperang bersama tenteranya sendiri. Beliau menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah semasa berperang untuk menjatuh empayar tentera salib yang menguasai baitul maqdis.

Apa yang saya persoalkan kepada semua sekarang siapakah pemimpin pada zaman sekarang yang akan memimpin umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh khalifah yang terdahulu. Cuba kita perhatikan pemimpin pada zaman sekarang perkara yang popular dikalangan mereka adalah rasuah. Mereka sanggup merasuah sesiapa sahaja hanya kerana mahu mengejar kekayaan didunia. Mari kita lihat satu contoh iaitu Salahuddin bin Ayubi. Para panglimanya musykil kerana beliau tidak pernah membayar zakat harta sedangkan beliau merupakan seorang sultanyang menakluk banyak tempat. Dan ketika beliau meninggal harta yang ada pada dia hanya empat dinar.

Jujur saya katakan siapa yang tidak mahu manjadi pemimpin kerana ingin dihormati. Saya sendiri mahu jadi pemimpin. Tetapi kita lihat pemimpin kita sekarang sangat mudah dihasut dan ditipu oleh godaan syaitan nirrajim. Benarkah setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin? jadi siapakah pemimpin tersebut pada zaman kita. Saya berharap kita tidak terlalu bergantung kepada orang yang lebih berpangkat tinggi daripada kita sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu doa. Kita sama-samalah berdoa agar kita berjaya menjadi pemimpin bukan untuk kelompok yang besar tetapi hanya untuk kelompok yang kecil iaitu keluarga kita.

Saya berharap agar kesemua pembaca merenung hal ini kerana ianya amat penting untuk memerangi dunia yang semakin gelap. Akhir kata siapakah pemimpin kita pada zaman sekarang. Wassalam

Friday, November 6, 2009

Cerita lawak ...

Assalamualaikum.....
Pembaca mesti sering mendengar cerita lawak dan selalunya mesti lawak bodoh... tetapi saya ada sebuah cerita lawak yang jauh lebih teruk dari lawak bodoh.
Beberapa hari yang lepas saya ada menghadiri kuliah jumaat di sekolah saya, ustaz yang memberi ceramah itu menceritakan tentang halal dan haram. Tetapi semasa beliau sedang berceramah mengenai halal dan haram beliau menceritakan mengenai sebuah fatwa yang dikeluarkan di perlis. Beliau berkata ada seorang ustaz di perlis mengeluarkan fatwa yang mengatakan menonton video lucah TIDAK haram kerana apa yang kita lihat itu tidak dapat disentuh. Katanya lagi kalau yang haramnya adalah apabila kita menyentuh kita dapat merasakan orang yang melakukan benda tersebut tetapi dalam hal menonton video lucah adalah dibenarkan kerana apa yang kita sentuh hanyalah cermin televisyen.
Memang saya mengutuk perkara ini kerana mengeluarkan fatwa tanpa dibenarkan oleh para ulama'. Hukumnya haram dan kemungkinan boleh menyesatkan sesetengah individu yang mendengar terutamanya remaja.
Ustaz yang menceritakan cerita tersebut kepada kami sudah ketawa sebelum menceritakan hal ini... memang jujur saya katakan BODOH kepada orang yang mengeluarkan fatwa yang sebegini...Wassalam

Friday, October 23, 2009

Kenapa saya berblogger...........Terima kasih abang


Saya sering bertanya kpd diri saya sendiri apa tujuan sebenarnya saya berblogger.... selepas saya tau abg saya ada blog saya terus buat blog saya..... pada usia saya yg masih belum cukup matang ni x berapa sesuai nak berblogger takut nanti akan melencong ke benda lain... biasa la remaja kan separuh daripada gila....

Memang saya akan memikirkan benda yang sama setiap kali saya buka blog saya.... apa yang bermain di fikiran saya yang lemah ini, apa mungkin saya akan menjadi seperti abang saya. Abang saya pernah mengislamkan seseorang tetapi saya masih berada diantara benar dan salah.....

Saya memang ingin berdakwah di kalangan remaja tetapi jika ingin berdakwah kena la tengok diri sendiri dulu. Di sekolah saya berjemaah di masjid setiap hari tapi bila pulang ke rumah memang susah untuk saya menjejakkan kaki ke masjid.

Tujuan saya berblogger ni semestinya ingin mengikut jejak langkah abg saya. Ikhlas saya katakan setiap perkara yang beliau ajar kepada saya x pernah saya tinggal. Dan saya amat berterima kasih kepada abg saya kerana sejak saya kecil abang saya bawak saya ke mana2 majlis ilmu yg beliau hadiri. Sekurang-kurangnya sekarang saya dapat membezakan mana yang halal mana yang haram, mana yang hak mana yang batil, mana yang betul mana salah.....

Sememangnya saya x pernah rasa putus asa kerana itulah apa yang diajarkan kepada saya oleh saya kerana saya pernah menyoal beliau, "macam mana nak jadi macam abg". Beliau menjawab "kena banyak bersabar dan teruskan usaha saya kerana lama kelamaan akan nampak natijahnya". Setiap kali saya berdoa saya akan membayangkan diri saya seperti beliau, seorang yang menpunyai ilmu yang mampu menjaminkan syurga kepadanya.

Berlenang air mata saya pabila saya menulis tajuk kerana saya sedar saya tidak mempu menjadi hamba Allah S.W.T. yang soleh dan menjaminkan syurga kepada saya..... apa2 pun ucapan yang paling sesuai untuk abg saya ialah terima kasih abang kerana telah banyak membantu naufal dalam mengubah diri naufal . Wassalam semoga abg berjaya menamatkan pengajian abg dan terus pulang ke Malaysia. Naufal di sini mendoakan kejayaan abang....


Sunday, September 13, 2009

Mengapa Islam mengharamkan Rokok !


ROkoK benda yang paling popular di kalangan lelaki masa kini kerana mungkin asapnya terlalu stail. Tajuk saya ini lebih sesuai kepada pembaca remaja yang masih belum dan sudah menjadi hamba rokok. Saya bukan mahu membuka aib sekolah saya tapi cuma untuk renungan para pembaca. Di bulan puasa ini memang tidak terkejut lah kalau di sekolah saya ada insan yang tidak berpuasa kerana alasan mereka tak larat dan insan2 ini pula merupakan perokok tegar yang berjanji untuk berhenti merokok sebulan sebelum PMR tapi apa yang terjadi rokok semakin mahal di kalangan pelajar sekolah saya. Apa yang menyedihkan saya ialah bila ada senior saya yang berkata bulan puasa ni tak boleh makan dan minum bukan tak boleh merokok. Ini boleh dianggap murtad kerana membuat hukum sendiri dan mengatakan bahawa Allah telah menghalalkan sesuatu yang haram.



Kepada remaja terutamanya berhentilah merokok kerana merokok ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan lansung tak stail kalau merokok. Dalam sebatang rokok dapat beribu-ribu nicotine dan tar yang dapat memberikan kesan negatif kepada perokok dan penghidu asap rokok.

Di bulan Ramadhan ini terdapat tiga fasa. Fasa pertama rahmat, fasa kedua pengampunan, dan fasa ketiga bebas dari neraka. Jadi kita harus berhenti meroko wassalam............

Friday, September 4, 2009

Selamat Hari Lahir kepada bonda tersayang....



Joyeux Anniversaire kepada ibundaku tersayang yang menjaga dan melindungiku dalam apa sebarang keadaan dan sentiasa memberikan respon yang mengembirakan kami walaupun anakanda telah melukai hati bonda. Bonda kami semua anakanda bonda memahami perasaan bonda dan kami akan berusaha bersungguh-sungguh terutamanya anakanda Naufal sendiri. Jika bonda mahu melihat keputusan 8A dalam PMR anakanda boleh melakukannya. Anakanda tahu anakanda banyak melakukan kesalahan kepada bonda mungkin kerana ini anakanda telah dihukum oleh Allah S.W.T. untuk gagal dalam peperiksaan yang anakanda hadapi. Semoga bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen. Seperti mana bonda tahu kami anak-anak sentiasa ingin pulang kerumah dan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada umi tetapi kami tidak dapat bersama bonda waktu itu kerana kami berada jauh daripada ibu.
Terima kasih umi wassalam........

Saturday, August 29, 2009

Keluarga Bahagia..........

Keluarga bahagia pasti diidamkan oleh setiap insan yang berumah tangga. Alhamdulillah pasangan diatas telah berjaya megharungi pelbagai rintangan dan dugaan untuk memberikan keselesesaan kepada 6 cahaya mata mereka yang sering melakukan masalah. Teringat saya masa dahulu kami sekeluarga tidak pernah berpisah, paling jauh pun Baling tapi kini dirumah mereka hanya mempunyai 2 org yang menghidupkan suasana rumah mereka kerana anak yang pertama berada di Mesir dan sibuk mencari wang untuk membiayai pernikahannya tahun depan....hehehe. Yang kedua berada di Universiti Malaya sedang sibuk belajar dan berusaha supaya cepat menghabiskannya kerana ingin berkahwin sekali dengan abgnya (jimat sket duit). Yang ketiga pula belajar di SMAP Labu, Negri Sembilan menyambung pelajarannya kerana tidak mendapat gred SPM yg elok. Dan yang keempat sedang belajar di Sek. Men. Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang. Pada tahun ni beliau akan mengambil peperiksaan PMR dan beliau berhasrat untuk mendapat keputusan 8A dan sekarang beliau sedang bertungkus-lumus mengulangkaji agar hasratnya tercapai.

"Walaupun kami sering memberikan masalah kepada umi dan ayah tetapi kami berjanji akan memberikan kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat untuk kita sekeluarga" kata keenam-enam orang anak mereka. Bersempena bulan Ramadhan ini mari kita sama2 berdoa agar Allah S.W.T. mengurniakan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarga kita. Amiin. Wassalam....

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.....

Bulan ini merupakan bulan umat nabi Muhammad S.A.W.. Kita harus bersyukur kerana dapat hidup sehingga ke hari ini untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Sepanjang bulan ini kita sepatutnya menambahkan lagi amal ibadat kita bukannya menambahkan makanan kita kerana perut kita terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama untuk udara, bahagian kedua untuk air, dan bahagian ketiga untuk makanan. Kita janganlah terlalu fill in the blank kerana jika kita terlalu banyak makan kita akan mengantuk ketika bertarawih dan ia tak ubah seperti gigolo babi.

Anak-anak mesti membantu ibu-bapa di bulan Ramadhan ini kerana mereka akan cepat merasa letih dan janganlah kita menambahkan kekusutan di kepala mereka lagi....secara jujur saya memberitahu sayalah anak yang paling menyusahkan dalam keluarga Abd Nasir kerana sayalah paling lemah dalam pelajaran dan sayalah paling x hensem.Saya suka mendengar kuliah tentang bulan Ramadhan kerana banyak perkara yang tersirat dalam bulan Ramadhan.Disamping itu, saya ingin mengucapkan Selamat Merdeka kepada semua rakyat Malaysia yang berada di dalam mahupun diluar negara.........

saya ingin mengajar satu doa kepada para pembaca......minta maaf kerana saya tak pandai tulis arab..
Bismillahhirrahmanirrahim......
Allahhumma barik la na fi rejab wa syaaban wa balighu fi Ramadhan......
Saya x ingat maksud tapi klu para pembaca faham bolehlah amalkan di bulan Ramadhan...
Wassalam.

Sunday, August 2, 2009

Orang Yang Cemerlang adalah orang yang mengingati Mati....


Mati merupakan perkara yang paling ditakuti oleh setiap makhluk yang terdapat di muka bumi ini......mati bukanlah sesuatu yang teruk malah jika ketika hidup dia banyak melakukan ibadat maka matinya merupakan tidur yang panjang. Orang yang paling cemerlang didunia ini bukanlah orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi orang yang sentiasa mengingati mati.
Ada seorang sahabat ketika beliau bersolat beliau akan merasakan Allah sedang melihat dia bersolat dan malaikat maut berada di belakangnya menunggu untuk mencabut nyawanya maka kerana inilah solatnya menjadi khusyuk. Saya mencuba untuk melakukannya tetapi apa yag terjadi solat saya menjadi berterabur kerana memikirkan benda ini dan terlupa rukun solat saya. Cuba kita lihat orang yang pergi melawat ornag mati, ketika ini dia pasti akan berasa insaf dan tak akan melakukan dosa lagi tetapi itulah kita hanya insaf sekejap tetapi kemudian hari kita melakukan dosa seperti biasa.
Saya berharap agar kita renungi masa silam kita bagaimanakah kita habiskannya kerana Allah tidak akan bertanya dimana kita habiskan masa tua kita tetapi dimana kita habiskan masa muda kita.....

Saturday, July 4, 2009

Nasihat Jangan......


a) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
b) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai selipar/alas kaki, takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
c) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana membahayakan.
d)Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
e) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal ( kerana bangun awal pagi itu membuka pintu berkat ).
f) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
g)Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
h) Jangan pakai selipar atau sepatu yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
i) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
j) Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
k) Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
l) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Sunday, June 21, 2009

Ketajaman akal bisa menumpulkan pedang


Seperti mana yang kita tahu pedang merupakan sebuah sentaja yang paling tajam dan digunakan ketika perang pada masa dahulu. Tajamnya pedang sehingga dapat mengerat mangsanya tanpa merasakan kesakitan. Hebatnya pedang.........

tetapi ada suatu benda yang lebih tajam daripada pedang iaitu akal. Akal merupakan kurniaan pencipta kita Allah S.W.T. Akal dan pedang amat berbeza kerana pedang direka dengan menggunakan akal. Akal juga membezakan manusia dengan haiwan. Akal jika di dalam kamus bermaksud kekuatan otak untuk menimbangkan dan mencipta; daya usaha.

Cuba kita lihat keadaan sekeliling kita, apa yang kita nampak itulah hasil daripada akal. Manusia menggunakan akal untuk mencipta sesuatu yang baru. Semakin lama kita hidup semakin berkembang pemikiran akal kita. Kita akan lebih mudah menangkap sesuatu yang baru. Dahulunya pedang digunakan sebagai senjata perang tetapi kini digantikan dengan senjata api yang jauh lebih canggih dan selamat digunakan. Ini semua berganhtung kepada kita untuk menggunakan aka, jika baik niatnya maka eloklah perbuatan itu.

Akal juga digunakan untuk tujuan yang salah. Dengan akal manusia mencipta benda yang diharamkam oleh Islam. Cuba kita lihat di surat khabar, berita kita dapat melihat bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku, contohnya ragut, manusia yang kalah kepada nafsu akan melakukan perkaara seperti ini. Mereka mempunyai akal tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Marilah wahai sahabat sekalian mari kita berfikir sejenak, mengapa Allah mencipta akal yang hanya diberikan kepada manusia tetapi manusia tidak menggunakannya sebaik mungkin, bukankah ia tiada bezanya seperti haiwan yang berotak tetapi tidak berakal. Kesimpulannya, Allah S.W.T mencipta akal untuk kita hanyalah untuk beribadat kepadaNya.

Wassalam.......

Selamat Hari Bapa


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, June 20, 2009

Keistimewaan Mata...


Mata merupakan suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita untuk beribadat kepadaNya. Mata mempunyai banyak kegunaan dan keistimewaannya.
Kita sebagai manusia patut bersyukur kerana Allah mengurniakan sepasang mata yang cantik kepada kita dan itu telah dapat membuktikan bahawa hebatnya kuasa Allah kerana ciptaanNya telah membezakan manusia dengan hambanya yang lain. Haiwan juga mempunyai mata tetapi mata mereka jauh lebih banyak fungsinya kepada mereka. Mata terdapat dua "vision", pertama "stereoscopic vision" dan kedua "monocular vision".Stereoscopic vision terdapat pada manusia dan juga haiwan pemangsa manakala Monocular vision terdapat pada haiwan yang menjadi mangsa.


haiwan seperti ini mempunyai mata monocular vision kerana fungsi mata ini ialah untuk memudahkan mangsa mengesan pemangsa. hebat ciptaan Allah kerana Dia boleh mencipta mata yang banyak fungsinya kepada hambaNya. Kita harus bersyukur dengan pemberianNya kerana apabila ditarik tidak berguna lagi.

Sahabat sekalian mata yang ada gunakanlah dengan sebaiknya. Kita janganlah gunakannya untuk memuaskan nafsu kita ataupun benci melihat kebaikan. Kita gunakanlah mata kita untuk bersedekah dan menamhkan lagi pahala kita. Saya ada terbaca dalam suatu artikel, artikel tersebut menulis untuk menajamkam mat kita harus melihat banda yang berwarna hijau seperti tumbuhan. Kita mesti menjaga mata kita dari melakukan maksiat. Kesimpulannya, mata bukan digunakan untuk melihat sahaja tetapi digunakan untuk beribadat.

Wassalam..........

Friday, June 19, 2009

Lanun yang perlu diikuti.....


Assalamualaikum......
mari....mari........mari........ mari kita tengok cerita ini. ini cerita baek punya.....
sahabat sekalian saya tahu sahabat juga minat kepada anime ini.....
saya juga tidak ketinggalan, saya amat meminati cerita ini bukan kerana watak kartunnya yg menarik tetapi perwatakannya yg harus diterapkan dalam diri kita.

saya mulakan dengan watak utama anime ini. Luffy memang x asing lagi dia lah seorang lanun yg becita-cita tinggi untuk menjadi raja lanun. disini saya bukannya mengajak sahabat semua untuk menjadi lanun tapi mengikut sifat luffy yg tidak pernah putus asa dan akan melakukan yang terbaik untuk dirinya dan anak buahnya. bagi peminat anime ini, cuba kita lihat sewaktu mana-mana lanun jahat yang lain menghina anak buah mereka sendiri, luffy kelihatan begitu tidak puas hati dengan tindakan tersebut kerana baginya anak buahlah segala-gala baginya kerana tanpa anak buah luffy tidak dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi raja lanun.
luffy amat menghormati anak buahnya sehinggakan anak buahnya sanggup melakukan apa sahaja yg disuruhnya walaupun membabitkan hidup dan matinya.

melalui cerita ini saya dapat kesan beberapa nilai murni yg penting seterusnya
patut menjadi teladan kepada saya dan sahabat sekalian. pertama ialah, semangat yang tidak kenal erti putus asa dan sifat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja yang diinginkan. kedua pula ialah rasa hormat kepada org yang lebih rendah daripada kita, harta dan pangkat tidak bererti apa-apa jika budi pekerti tidak ada.

jadi kesimpulannya, bukannya kita tidak boleh melihat cerita seperti ini tetapi bila kita melihat cerita seperti ini kita mesti mengambil nilai murni yang terdapat di dalamnya. akhir sekali pilih lah anime yang betul kerana bukan untuk keseronokan sahaja tetapi kebaikan kepada kita....

Wassalam.......

Blog yg harus dilawati...........

Assalamualikum......
inilah dia wajah tokoh saya yg sering saya banggakan.......
beliau merukan seorang lelaki yg menjadi idaman setiap anak gadis malah makcik-makcik.......
saya hormat kepada beliau bukan kerana ini tapi kerana pandainya beliau berdakwah menyebarkan ajaran islam walau di mana beliau berada....
pernah sekali saya terfikir adakah apa yang diceritakannya itu adalah benar, tetapi semua itu hanya bersifat sementara kerana setiap kali dia berdakwah dia memberikan keterangan yang amat mendalam sehingga memberikan kesan kepada pendengarnya termasuklah saya........

serba sedikit tentang tokoh saya ini.......
beliau merupakan anak sulung yang menjadi kebanggaan kepada sepasang suami isteri yang bahagia iaitu Abd Nasir dan Rosita.........
nama beliau adalah Mohd Nazrul abg kepada si penulis blog ini dan amat dihormati oleh penduduk kampungnya........
beliau menerima pendidikan awal di SK Datin Fatimah, Pedu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke SMK Panglima Awang. setelah mendapat keputusan PMR yg baik beliau terus melajutkan pelajaran beliau ke sebuah sekolah SBP yg dikenali dan disegani oleh semua orang iaitu KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) . disini beliau menjadi pengawas dan seterusnya menjadi ketua pelajar ketika beliau di tingkatan 5. setalah beliau mandapat keputusan STAM beliau terus melanjutkan pelajaran beliau ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir sehingga kini.

saya rasa setakat itu sahaja yang mampu saya wartakan tentang beliau kerana jika hendak diceritakan tentang beliau memang x cukup page kerana beliaulah 1 dalam 1 000 000 00.

Wassalam.......

Salam Perkenalan........

Assalamualaikum ....
selamat berkenalan kepada bloggers yg tegar dan berjuang pada jalan Allah........
benarlah sabda Rasulullah S.A.W: "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri china" maksudnya disini biarlah kita menuntut ilmu sehingga ke luar tempat kita supaya kita lebih cerah dan sedar dengan keadaan sekeliling kita........
kita jgn lah menjadi seperti katak di bawah tempurung yg tidak tahu apa2 kecuali hiburan. makan hiburan, tidur hiburan, mandi hiburan, dan hampir segala-galanya hiburansehingga kita tidak kenal asal-usul dan tujuan sebenar kita ke dunia ini............
jadi saya berharap saudara dan saudari sekalin teruslah berjuang bukan krn wang dan pangkat tapi kerana Allah S.W.T.........
Wassalam......