Saturday, October 23, 2010

Remaja atau Zaman yang moden....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak membuka blog ini akhirnya dapat juga saya membukanya kerana sukar untuk mendapat sumber internet. Sepanjang saya tidak membuka blog ini saya mengkaji satu perkara yang menarik untuk diceritakan.

Saya setiap kali pulang bermalam atau keluar bersama kawan saya akan melihat keadaan sekeliling saya yang padat dengan pelabagai kerenah remaja yang semakin moden seiring dengan zaman kita sekarang.. Bagus untuk menjadi moden tetapi menjadi moden tak kena tempat amat merbahaya. Kebanyakan remaja yang bermasalah sekarang adalah orang melayu kita, saya tidak sampai hati untuk memanggil mereka islam kerana kelakuan mereka seperti orang yg bukan islam malah lebih teruk dari itu.

Beberapa hari yang lepas saya berehat di Pekan Rabu, Alor Setar saya melihat banyak remaja seperti ini dan kebanyakannya orng melayu islam yang berambut pelbagai warna, jalan terhoyong-hayang lepas minum arak, pegang plastik gam dan yang paling menyedihkan ada juga kaum hawa yang lagaknya seperti lelaki menghisap rokok, pakai baju adik sebab mak miskin, pegang lelaki sana, pegang lelaki sini, mana malunya kaum hawa zaman sekarang..

Remaja sekarang sudah leka dihanyut peredaran masa yang semakin berubah, mereka lupa dengan nasib orang islam yang ditindas dan mereka juga tidak sedar bahawa mereka juga ditindas oleh musuh islam tetapi dengan cara yang tidak nyata seperti penjualan arak, penjualan rokok kepada remaja bawah umur.. Ini semua strategi orang kafir untuk menghapuskan orang islam yang masih muda yang kurang mengambil berat untuk menyebarkan agama islam.

Siapa yang harus dipersalahkan? Ibubapa, guru, sekolah, masyarakat atau remaja itu sendiri. Sebenarnya tiada siapa yang perlu dipersalahkan jika semuanya mengikut apa yang diajari oleh Islam. Islam telah mengajar segalanya kepada umatnya merangkumi dunia dan akhirat..

Akhir kata sebenarnya Islam tidak akan pernah berubah mengikut peredaran masa seperti mana manusia.. Jika kita mengikut segala apa yang diajari oleh Rasulullah dan Pencipta-Nya maka nescaya hidup kita akan sentiasa moden dan berada di landasan yang benar. Wassalam

Remaja Islam,
13.24 pm,
24 oktober 2010,
Malaysia.