Monday, March 14, 2011

Mencari Cinta Sejati...

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan

Assalamualaikum... ^_^
Cinta satu perkara yang dapat ditafsirkan dan digunakan dalam pelbagai cara. Berminat saya untuk memberi lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid Mestica dan In-Team sepertimana diatas. Lirik ini saya sengaja dahulukan kerana lirik ini memberi saya jawapan kepada persoalan yang sering bermain dalam fikiran remaja sebaya dengan saya.... Di usia remaja kita diduga dengan pelbagai ujian yang dirancang oleh Allah S.W.T. untuk hambanya iaitu kita semua. Di usia remajalah kita diibaratkan sebagai orang yang gila kerana berani mencuba pelbagai perkara termasuk yang memudaratkan kita. Bercinta satu perkara yang familiar dengan alam remaja, pada usia ini kita dianggap ketinggalan bila kita tidak ada pasangan, ini adalah pemikiran yang jauh menyimpang kerana pemikiran seperti inilah yang akan mendatangkan kesan negatif.

Mana-mana lagu pun pasti akan mengatakan cinta itu kurniaan Allah, benar dengan kenyataan ini. Allah mengurniakan perasaan cinta dan sayang kepada hambanya lelaki dan perempuan kerana hanya dengan perasaan ini sahaja satu-satu pasangan itu bertemu. Ramai remaja yang mentafsirkan bahawa cinta yang berlaku diusia remaja adalah cinta yang benar-benar datang daripada Allah dan pasti cinta yang datang daripada Allah adalah cinta yang diredhai. Remaja tidak sedar bahawa disebalik cinta yang dikurniakan Allah ini terdapat pihak lain yang cuba merosakkan cinta yang sebenarnya. Siapakan pihak ini? siapa lagi jika bukan syaitan musuh umat islam yang nyata. Perasaan suka menyukai adalah fitrah setiap manusia dan memang tidak dapat dielakkan. Oleh itu jika kita tersangkut dengan perkara ini jangan kita menunggu jawapan tetapi sepatutnya kita mencari jawapan daripada orang yang lebih arif iaitu ustaz dan ustazah serta ibu-bapa.



Sebenarnya tidak salah untuk remaja mencari cinta pada usia mereka. Cinta sepertimanakah yang sepatutnya dicari? Maksud tidak salah bukanlah bererti bercinta sesama manusia yang tidak ada batas syariat Islam. Kita perlu tahu sekiranya hubungan kita dengan Allah S.W.T. tidak dijaga maka jangan bermimpi untuk mendapatkan cinta dari manusia. Kita perlu berusaha mendapatkan cinta yang benar sejati dan abadi dahulu sebelum mencari cinta lain.

Setiap remaja harus sedar bahawa mereka adalah seorang pendai'e, bukan sahaja remaja malah sebenarnya setiap insan yang mengucapkan kalimah syahadah adalah pendai'e. Untuk remaja yang sibuk mencari cinta cuba ingat semula, apakah kita sudah melakukan tanggungjawab kita? Cinta Allah adalah yang lebih hakiki dan tiada tolok tandingnya berbanding cinta-cinta yang lain maka fikirkanlah cinta yang bagaimanakah yang kita cari sekarang ini...
Wassalam... ^_^


Pejuang Ilmu,
SMSTSSS,
11.57am,
khamis 19/05/11.

Friday, January 28, 2011

10 Muwasofat Individu Muslim

       Assalamualaikum... setiap daripada insan yang mengucapkan kalimah syahadah itu perlu adanya 10 sifat untuk menjadi dirinya seorang individu muslim, iaitu :-

1. Salimul Aqidah (akidah yang sejahtera)                                                                                                 -seorang itu perlu memahami dan berpegang teguh kepada kalimah suci Syahadatain لااله الاالله  yang telah membuktikan bahawa dirinya telah beriman kepada Sang Pencipta yang Maha Kuasa, Allah S.W.T dan pesuruhnya Saidina Rasulullah S.A.W.                                                                                        

2. Sahihul Ibadah (ibadah yang sahih)                                                                                                       -setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai tujuan dan niat yang betul berlandaskan syarak kerana niat tidak menghalalkan cara. Setiap perkara yang dimulakan dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحم akan dikira sebagai ibadah dan sudah pasti setiap ibadah yang dilakukan mestilah ikhlas dan betul caranya, jika salah satunya tiada maka ibadah tersebut tidak akan diterima.

3. Matinul Khuluq (akhlak yang mantap)                                                                                                   -manusia yang paling sempurna akhlaknya adalah akhlak Saidina Rasulullah S.A.W. , kita manusia biasa pasti tidak dapat menandingi akhlak baginda tetapi kita telah diberikan dua benda untuk dijadikan rujukan dan menjadikannya ikutan iaitu al-Quran dan akhlak yang ditunjukkan baginda. Akhlak kita adalah al-Quran dan jika kita mengikuti apa yang terdapat di dalamnya pasti akhlak kita akan sempurna sepertimana yang ditunjukkan Saidiina Rasulullah S.A.W.   

4. Qadiran al Kasbi (mampu bekerja)                                                                                                         -kita sekiranya mampu untuk menyiapkan sesuatu perkara itu kita seharusnya  menyiapkannya waktu itu juga untuk mengelakkan daripada sikap menangguh kerja yang akhirnya akan membebankan diri sendiri.

5. Mutsaqqafal Fikri (berpengetahuan)                                                                                                     -kita sepatutnya menjadi pakar dalam bidang yang diceburi oleh kita. Peka dengan keadaan sekeliling juga amat penting kerana untuk memajukan diri sendiri kita perlu arif dalam perkara yang sedang berlaku disekeliling kita. Dengan membaca tafsir al-Quran, hadis dan sirah kita akan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan yang penting di dunia dan juga di akhirat.

6. Qawiyyul Jism (tubuh badan yang cergas)                                                                                           -memiliki tubuh badan yang sihat itu amat penting untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Untuk mendapatkannya kita perlu terlebih dahulu mempunyai tubuh badan yang bersih dan berpakaian dengan pakaian yang bersih. Tambahan pula kepada daie'-daie' amat penting sekiranya memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas untuk memudahkan lagi kita menyampaikan dakwah dan memudahkan lagi orang lain menerima dakwah kita.

7. Mujahadah ala Nafsi (mampu melawan nafsu)                                                                                     -musuh manusia selain syaitan adalah nafsu, nafsu sekiranya terlalu diikutkan akan mendatangkan kemudaratan. Menjauhi perkara-perkara yang haram itu wajib kepada setiap umat Islam kerana perkara haram itu perkara yang dibenci oleh Allah S.W.T dan cara untuk mengelak perkara haram itu adalah dengan melawan nafsu. Melawan nafsu juga dikira sebagai jihad.

8. Munazzamun fi Syu'unihi (tersusun dalam urusan)                                                                             -kita pasti mahu memudahkan urusan atau tugas kita, tetapi urusan atau tugas kita itu dilakukan dengan keadaan yang tidak tersusun dan berceramuk maka ia akan menyukarkan lagi urusan atau tugas. Untuk memastikan pekerjaan kita tersusun maka kita perlu menyusunnya dahulu sebagai contoh dengan membuat jadual harian.

9. Haarithun ala Waqtihi (menjaga waktu)                                                                                                 -jika kita bijak menjaga waktu kita maka hari-hari kita akan dilalui dengan sempurna dan mudah. Kita perlu memanfaatkan waktu dengan sebaiknya kerana waktu itu tidak dapat berpatah semula.

10. Nafi'un li Ghairihi (bermanfaat kepada orang lain)                                                                           -setiap dari kita ada haknya sendiri keatas orang lain begitu juga orang lain keatas kita. Jika kita seorang anak kita perlu menunaikan hak ibu-bapa kita kerana itulah buktinya kasih sayang kita kepada mereka dan balasan keatas jasa mereka membesarkan kita. Kita bukan sahaja perlu membantu saudara mara atau kenalan kita, kita juga perlu membantu orang yang kita tidak kenali sekiranya dia memerlukan bantuan daripada kita. jika kita tidak malu untuk membantu orang lain nescaya orang lain juga tidak malu untuk menghulurkan bantuan kepada kita sewaktu memerlukannya.

       10 sifat ini amat penting dan sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam kerana inilah yang akan membuktikan sama ada kita benar-benar beriman kepada Allah S.W.T. ataupun tidak. Wassalam...


                                                            Si Pejuang Ilmu,