Wednesday, December 30, 2009

Kalimah Alhamdulillah Disebut......

Pada tanggal 24 Disember 2009 yang lalu. aku diselubungi perasaan gementar dan penuh dengan kerisauan. Bukannya gementar dan risau kerana Allah tetapi kerana keputusan PMR....
Dua hari sebelum aku mengambil keputusan PMR, setiap derap langkah aku sering diganggu dengan kerisauan yang teramat sehingga membuatkan ku menitiskan air mata setiap kali memikirkannya. Ku titiskan air mata bukan kerana sesiapa tetapi kerana takut menghampakan impian kedua bonda yang disayangi....

Setiap kali ku berdoa diakhir doaku " Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada ku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR... selama ini aku cuma mengecewakan kedua bonda ku, tapi aku berharap Kau makbulkanlah doaku ini agar aku tidak menitiskan airmata mereka berdua lagi...". Aku terus memikirkan benda yang sama sehingga menimbulkan keinginan untuk lari dari rumah. Aku letih kerana sentiasa memikirkan benda ini, tak pernah aku menjadi sebegini rupa...

Bila tiba 24 haribulan aku bersiap awal kerana aku pergi kesekolah dengan menaiki bas. Dengan menaiki bas aku berasa sedikit lega kerana tidak pergi mengambil keputusan bersama kedua bondaku. Sebenarnya kedua bonda mempunyai urusan lain yang membuatkan aku terpaksa menaiki bas... tepat jam 7.30 aku bertolak dari rumah aku ke Kuala Nerang bersama seorang kawanku yang juga merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Aku ditemani umiku dan kakakku yang dipaksa umiku untuk menghantar aku ke Kuala Nerang. Mereka meninggalkan di stesen bas Kuala Nerang tidak keseorangan, aku ditemani dengan doa umiku sebelum aku turun dari kereta....

Selama 5 jam aku menaiki bas untuk sampai kesekolah aku di Bukit Mertajam. Sampai sahaja aku di sekolah aku, aku terus menunjukkan riak wajah yang kurang manis sehingga kawan ku membantu mengembalikan riak wajahku yang asal... aku terus bergerak menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan aku.... setibanya aku di pejabat aku bertemu kawa-kawan ku yang lain, sama seperti aku, risau menunggu keputusan yang diperoleh. Apabila tiba giliran ku aku merasakan masa seperti bergerak perlahan. Jantungku bagai nak luruh. Selesai semua urusan guruku terus memberikan slip peperiksaan PMR aku dan diiringi ucapan TAHNIAH. Aku terkejut dengan keputusan yang aku peroleh, dengan keputusan 7A 1B aku keluar dari pejabat. Diriku diselubungi dengan perasaan seronok bercampur kecewa kerana aku inginkan keputusan 8A. Aku terus menelefon kedua bondaku untuk memberitahu keputusan ini. aku takut kedua bondaku kecewa dengan ku tapi ternyata anggapan aku benar-benar salah. Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku, kini aku juga menitiskan airmata, bukan airmata risau tetapi airmata kegembiraan yang menaikkan semula semangat ku yang terpadam selama ini.

Kalimah Alhamdulillah disebutku berulang kali sehingga aku tiba di rumahku. Aku akan terus membanggakan kedua bondaku kerana apa yang aku pegang selama ini adalah "impian ibubapaku merupakan matlamat ku".


Muhammad Naufal Abd Nasir,
Pelajar SMSTSSS,
0342 a.m.
31/12/2009.