Pada tanggal 24 Disember 2009 yang lalu. aku diselubungi perasaan gementar dan penuh dengan kerisauan. Bukannya gementar dan risau kerana Allah tetapi kerana keputusan PMR....
Dua hari sebelum aku mengambil keputusan PMR, setiap derap langkah aku sering diganggu dengan kerisauan yang teramat sehingga membuatkan ku menitiskan air mata setiap kali memikirkannya. Ku titiskan air mata bukan kerana sesiapa tetapi kerana takut menghampakan impian kedua bonda yang disayangi....
Setiap kali ku berdoa diakhir doaku " Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada ku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR... selama ini aku cuma mengecewakan kedua bonda ku, tapi aku berharap Kau makbulkanlah doaku ini agar aku tidak menitiskan airmata mereka berdua lagi...". Aku terus memikirkan benda yang sama sehingga menimbulkan keinginan untuk lari dari rumah. Aku letih kerana sentiasa memikirkan benda ini, tak pernah aku menjadi sebegini rupa...
Bila tiba 24 haribulan aku bersiap awal kerana aku pergi kesekolah dengan menaiki bas. Dengan menaiki bas aku berasa sedikit lega kerana tidak pergi mengambil keputusan bersama kedua bondaku. Sebenarnya kedua bonda mempunyai urusan lain yang membuatkan aku terpaksa menaiki bas... tepat jam 7.30 aku bertolak dari rumah aku ke Kuala Nerang bersama seorang kawanku yang juga merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Aku ditemani umiku dan kakakku yang dipaksa umiku untuk menghantar aku ke Kuala Nerang. Mereka meninggalkan di stesen bas Kuala Nerang tidak keseorangan, aku ditemani dengan doa umiku sebelum aku turun dari kereta....
Selama 5 jam aku menaiki bas untuk sampai kesekolah aku di Bukit Mertajam. Sampai sahaja aku di sekolah aku, aku terus menunjukkan riak wajah yang kurang manis sehingga kawan ku membantu mengembalikan riak wajahku yang asal... aku terus bergerak menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan aku.... setibanya aku di pejabat aku bertemu kawa-kawan ku yang lain, sama seperti aku, risau menunggu keputusan yang diperoleh. Apabila tiba giliran ku aku merasakan masa seperti bergerak perlahan. Jantungku bagai nak luruh. Selesai semua urusan guruku terus memberikan slip peperiksaan PMR aku dan diiringi ucapan TAHNIAH. Aku terkejut dengan keputusan yang aku peroleh, dengan keputusan 7A 1B aku keluar dari pejabat. Diriku diselubungi dengan perasaan seronok bercampur kecewa kerana aku inginkan keputusan 8A. Aku terus menelefon kedua bondaku untuk memberitahu keputusan ini. aku takut kedua bondaku kecewa dengan ku tapi ternyata anggapan aku benar-benar salah. Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku, kini aku juga menitiskan airmata, bukan airmata risau tetapi airmata kegembiraan yang menaikkan semula semangat ku yang terpadam selama ini.
Kalimah Alhamdulillah disebutku berulang kali sehingga aku tiba di rumahku. Aku akan terus membanggakan kedua bondaku kerana apa yang aku pegang selama ini adalah "impian ibubapaku merupakan matlamat ku".
Wednesday, December 30, 2009
Kalimah Alhamdulillah Disebut......
Posted by Pencinta Ilmu at 10:52 AM 0 comments
Friday, November 27, 2009
Hatiku masih hitam....
Assalamualaikum.... saya sering melamun berfikir mengenai diri saya yang sedang berada di antara yang benar dan yang salah. Memang kita fitrah manusia untuk melakukan kesilapan, tetapi jika kita muslim yang sejati, yang mukmin kita tidak mungkin akan jatuh di lubang yang sama. Saya kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat menahan nafsu (nafsu makan). Saya dapat merasakan hati saya yang gelap ini kerana setiap kali saya melakukan proses inhalation saya dapat merasakan suatu kesakitan yang jika berterusan tumbanglah saya ke dunia yang gelap.
Sekarang ini ketika saya sedang menulis saya banyak memikirkan hal duniawi berbanding hal ukhrawi. Mengenai keinginan untuk meghafal hadis mungkin amat sukar bagi saya memandangkan diri saya yang sebegini rupa...
Ya Allah, mengapa aku begini Ya Allah, aku sedar aku tidak layak untuk menjejak syurgamu tetapi Ya Allah aku juga tidak mahu tinggal di nerakamu yang penuh dengan azab sengsara... Aku sedih Ya Allah aku sedar aku hanya makhluk ciptaanmu yang hina yang kecil tetapi dipertanggungjawab untuk menjadi khalifah dimuka bumimu, Ya Allah aku takut aku tidak berjaya menjalankan amanah aku sebaiknya sepertimana yang dikehendaki-Mu.... Jika benar aku tergolong di dalam hamba-Mu yang bertaqwa maka titiskanlah airmata ku ini wahai Al-Hakim.
Jadi diatas kesempatan ini, saya Muhammad Naufal bin Abd Nasir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga di Pedu, abg Nazrul di Mesir, kak Naddia di UM, dan seluruh pelajar Islam yang sedang berusaha menegakkan syiar Islam. Dan akhir kata jangan lupa doakan Naufal Dapat 8A dalam PMR... Wassalam
Posted by Pencinta Ilmu at 12:04 PM 0 comments
Bolehkah ana menghafal hadis......
Posted by Pencinta Ilmu at 8:09 AM 2 comments
Sunday, November 8, 2009
Siapakah yang akan memimpin kita ....

Assalamualaikum......
Seorang sahabat Salahuddin bin Ayubi berkata kepada Salahuddin "setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin". Dan kini pemimpin kita ialah Salahuddin bin Ayubi". Semua mesti mengenali hamba Allah yang bernama Salahuddin bin Ayubi penakluk Jerusalem. Beliau merupakan seorang Sultan yang pergi berperang bersama tenteranya sendiri. Beliau menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah semasa berperang untuk menjatuh empayar tentera salib yang menguasai baitul maqdis.
Apa yang saya persoalkan kepada semua sekarang siapakah pemimpin pada zaman sekarang yang akan memimpin umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh khalifah yang terdahulu. Cuba kita perhatikan pemimpin pada zaman sekarang perkara yang popular dikalangan mereka adalah rasuah. Mereka sanggup merasuah sesiapa sahaja hanya kerana mahu mengejar kekayaan didunia. Mari kita lihat satu contoh iaitu Salahuddin bin Ayubi. Para panglimanya musykil kerana beliau tidak pernah membayar zakat harta sedangkan beliau merupakan seorang sultanyang menakluk banyak tempat. Dan ketika beliau meninggal harta yang ada pada dia hanya empat dinar.
Jujur saya katakan siapa yang tidak mahu manjadi pemimpin kerana ingin dihormati. Saya sendiri mahu jadi pemimpin. Tetapi kita lihat pemimpin kita sekarang sangat mudah dihasut dan ditipu oleh godaan syaitan nirrajim. Benarkah setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin? jadi siapakah pemimpin tersebut pada zaman kita. Saya berharap kita tidak terlalu bergantung kepada orang yang lebih berpangkat tinggi daripada kita sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu doa. Kita sama-samalah berdoa agar kita berjaya menjadi pemimpin bukan untuk kelompok yang besar tetapi hanya untuk kelompok yang kecil iaitu keluarga kita.
Saya berharap agar kesemua pembaca merenung hal ini kerana ianya amat penting untuk memerangi dunia yang semakin gelap. Akhir kata siapakah pemimpin kita pada zaman sekarang. Wassalam
Posted by Pencinta Ilmu at 12:28 AM 0 comments
Friday, November 6, 2009
Cerita lawak ...
Assalamualaikum.....
Pembaca mesti sering mendengar cerita lawak dan selalunya mesti lawak bodoh... tetapi saya ada sebuah cerita lawak yang jauh lebih teruk dari lawak bodoh.
Beberapa hari yang lepas saya ada menghadiri kuliah jumaat di sekolah saya, ustaz yang memberi ceramah itu menceritakan tentang halal dan haram. Tetapi semasa beliau sedang berceramah mengenai halal dan haram beliau menceritakan mengenai sebuah fatwa yang dikeluarkan di perlis. Beliau berkata ada seorang ustaz di perlis mengeluarkan fatwa yang mengatakan menonton video lucah TIDAK haram kerana apa yang kita lihat itu tidak dapat disentuh. Katanya lagi kalau yang haramnya adalah apabila kita menyentuh kita dapat merasakan orang yang melakukan benda tersebut tetapi dalam hal menonton video lucah adalah dibenarkan kerana apa yang kita sentuh hanyalah cermin televisyen.
Memang saya mengutuk perkara ini kerana mengeluarkan fatwa tanpa dibenarkan oleh para ulama'. Hukumnya haram dan kemungkinan boleh menyesatkan sesetengah individu yang mendengar terutamanya remaja.
Ustaz yang menceritakan cerita tersebut kepada kami sudah ketawa sebelum menceritakan hal ini... memang jujur saya katakan BODOH kepada orang yang mengeluarkan fatwa yang sebegini...Wassalam
Posted by Pencinta Ilmu at 5:57 AM 1 comments
Friday, October 23, 2009
Kenapa saya berblogger...........Terima kasih abang

Saya sering bertanya kpd diri saya sendiri apa tujuan sebenarnya saya berblogger.... selepas saya tau abg saya ada blog saya terus buat blog saya..... pada usia saya yg masih belum cukup matang ni x berapa sesuai nak berblogger takut nanti akan melencong ke benda lain... biasa la remaja kan separuh daripada gila....
Memang saya akan memikirkan benda yang sama setiap kali saya buka blog saya.... apa yang bermain di fikiran saya yang lemah ini, apa mungkin saya akan menjadi seperti abang saya. Abang saya pernah mengislamkan seseorang tetapi saya masih berada diantara benar dan salah.....
Saya memang ingin berdakwah di kalangan remaja tetapi jika ingin berdakwah kena la tengok diri sendiri dulu. Di sekolah saya berjemaah di masjid setiap hari tapi bila pulang ke rumah memang susah untuk saya menjejakkan kaki ke masjid.
Tujuan saya berblogger ni semestinya ingin mengikut jejak langkah abg saya. Ikhlas saya katakan setiap perkara yang beliau ajar kepada saya x pernah saya tinggal. Dan saya amat berterima kasih kepada abg saya kerana sejak saya kecil abang saya bawak saya ke mana2 majlis ilmu yg beliau hadiri. Sekurang-kurangnya sekarang saya dapat membezakan mana yang halal mana yang haram, mana yang hak mana yang batil, mana yang betul mana salah.....
Sememangnya saya x pernah rasa putus asa kerana itulah apa yang diajarkan kepada saya oleh saya kerana saya pernah menyoal beliau, "macam mana nak jadi macam abg". Beliau menjawab "kena banyak bersabar dan teruskan usaha saya kerana lama kelamaan akan nampak natijahnya". Setiap kali saya berdoa saya akan membayangkan diri saya seperti beliau, seorang yang menpunyai ilmu yang mampu menjaminkan syurga kepadanya.
Berlenang air mata saya pabila saya menulis tajuk kerana saya sedar saya tidak mempu menjadi hamba Allah S.W.T. yang soleh dan menjaminkan syurga kepada saya..... apa2 pun ucapan yang paling sesuai untuk abg saya ialah terima kasih abang kerana telah banyak membantu naufal dalam mengubah diri naufal . Wassalam semoga abg berjaya menamatkan pengajian abg dan terus pulang ke Malaysia. Naufal di sini mendoakan kejayaan abang....
Posted by Pencinta Ilmu at 10:12 AM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
Mengapa Islam mengharamkan Rokok !
Kepada remaja terutamanya berhentilah merokok kerana merokok ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan lansung tak stail kalau merokok. Dalam sebatang rokok dapat beribu-ribu nicotine dan tar yang dapat memberikan kesan negatif kepada perokok dan penghidu asap rokok.
Di bulan Ramadhan ini terdapat tiga fasa. Fasa pertama rahmat, fasa kedua pengampunan, dan fasa ketiga bebas dari neraka. Jadi kita harus berhenti meroko wassalam............
Posted by Pencinta Ilmu at 9:24 PM 0 comments




