Friday, November 6, 2009

Cerita lawak ...

Assalamualaikum.....
Pembaca mesti sering mendengar cerita lawak dan selalunya mesti lawak bodoh... tetapi saya ada sebuah cerita lawak yang jauh lebih teruk dari lawak bodoh.
Beberapa hari yang lepas saya ada menghadiri kuliah jumaat di sekolah saya, ustaz yang memberi ceramah itu menceritakan tentang halal dan haram. Tetapi semasa beliau sedang berceramah mengenai halal dan haram beliau menceritakan mengenai sebuah fatwa yang dikeluarkan di perlis. Beliau berkata ada seorang ustaz di perlis mengeluarkan fatwa yang mengatakan menonton video lucah TIDAK haram kerana apa yang kita lihat itu tidak dapat disentuh. Katanya lagi kalau yang haramnya adalah apabila kita menyentuh kita dapat merasakan orang yang melakukan benda tersebut tetapi dalam hal menonton video lucah adalah dibenarkan kerana apa yang kita sentuh hanyalah cermin televisyen.
Memang saya mengutuk perkara ini kerana mengeluarkan fatwa tanpa dibenarkan oleh para ulama'. Hukumnya haram dan kemungkinan boleh menyesatkan sesetengah individu yang mendengar terutamanya remaja.
Ustaz yang menceritakan cerita tersebut kepada kami sudah ketawa sebelum menceritakan hal ini... memang jujur saya katakan BODOH kepada orang yang mengeluarkan fatwa yang sebegini...Wassalam

2 comments:

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

wah dah boleh komen pun..
ummi dulu pun mengahdapi masalah yang sama, tapi cuba juga godak sana sini, akhirnya cubaan tu berjaya. Jadi lepas tu jika pergi laman orang lain,ummi akn test komen dia, kalau masalah serupa dengan ummi, ummi akan maklumkan...

Semoga berjaya...
cerita lawak ni serupalah juga antara pegang awek denga pegang anjing, mana haram?

cerita penuhnya kat sini

http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2009/10/anak-istimewa-autisme.html

kelapa dara said...

salam,apabila ustaz yang Jahil mengeluarkan fatwa ,maka kejahilannya akan menyerap pada ahli2nya yg dah memang jahil tp tidak pada orang2 yang beriman dan berilmu.