Friday, November 27, 2009

Bolehkah ana menghafal hadis......


Sejak beberapa hari ana rasa tertarik untuk membaca buku-buku abang ana yang disusun kemas tanpa disentuh oleh sesiapa selama ini. Ana membelek buku-buku dan kitab-kitab kepunyaan abang ana yang semuanya berkaitan dengan ISLAM. Tiba-tiba ana terjumpa sebuak buku yang agak tebal dan ana baca tajuk dia adalah, Terjemah Hadis SHAHIH MUSLIM.


Saya pun tak tau apa yang terjadi kepada saya sejak kebelakangan ini terlalu berminat untuk menghafal apa-apa sahaja. Saya bukannya apa, saya rasa masih terlalu mentah untuk menghafal hadis kerana takut tersalah dan keliru untuk mengeluarkan hadis ketika berdakwah. Saya merasakan saya seorang yang sedang memimpin sepasukan tentera Islam yang bersemangat dengan kata-kata saya pabila saya mengeluarkan hadis ketika sedang bercakap.
Ada seorang senior disekolah saya, setiap kali beliau memberikan tazkirah beliau mesti akan mengeluarkan satu hadis sekurang-kurangnya dan itulah yang membuatkan saya tertarik untuk meghafal hadis sedangkan saya masih tidak sesuai dan tidak mempunyai iman seteguh iman para sahabat yang semuanya para ilmuwan.
Jadi saya ingin bertanya kepada para pembaca adakah sesuai untuk saya menghafal hadis secara bersendirian atau perlu berguru untuk menghafal hadis.Wassalam


4 comments:

Anonymous said...

salam. bleh...dik naufal..menghafal xde mslh...utk prmulaan, cuba bca & hafal hadis2 40...krngan imam Nawawi Rahimahullah alaih.insyaallah...kte brlajar dari skit2..& dari kesilapan. mg Allah permudahkan hamba2nya yg berniat utk tafakuh fii ad-din. wslm.

Anonymous said...

salam. dik naufal...insyaallah, utk prmulaan adik bleh cuba baca & hafal hadith2 dlm kitb matan arba'in (hadith 40) karangan imam Nawawi R.A. mg Allah permudahkan urusan adik dlm mendalami kefahamn dlm agama insyaallah...wslm :)

Affan Ruslan said...

Salam.
Baca tiada masalah, tapi takut terkeliru.

Sebagai contoh, takut kita terkeliru dengan pendapat2 imam mazhab. Imam Mazzhab ckp laen, kita baca hadis lain. Bilangan hadis terlalu banyak.

InsyaALLAH, Hadis 40 might works.
Tapi lebih baik cari guru

Semoga berjaya, dan sentiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH.

*salam ukhuwah

Affan Ruslan said...

Salam.
Baca tiada masalah, tapi takut terkeliru.

Sebagai contoh, takut kita terkeliru dengan pendapat2 imam mazhab. Imam Mazzhab ckp laen, kita baca hadis lain. Bilangan hadis terlalu banyak.

InsyaALLAH, Hadis 40 might works.
Tapi lebih baik cari guru

Semoga berjaya, dan sentiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH.

*salam ukhuwah