Sunday, November 8, 2009

Siapakah yang akan memimpin kita ....


Assalamualaikum......
Seorang sahabat Salahuddin bin Ayubi berkata kepada Salahuddin "setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin". Dan kini pemimpin kita ialah Salahuddin bin Ayubi". Semua mesti mengenali hamba Allah yang bernama Salahuddin bin Ayubi penakluk Jerusalem. Beliau merupakan seorang Sultan yang pergi berperang bersama tenteranya sendiri. Beliau menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah semasa berperang untuk menjatuh empayar tentera salib yang menguasai baitul maqdis.

Apa yang saya persoalkan kepada semua sekarang siapakah pemimpin pada zaman sekarang yang akan memimpin umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh khalifah yang terdahulu. Cuba kita perhatikan pemimpin pada zaman sekarang perkara yang popular dikalangan mereka adalah rasuah. Mereka sanggup merasuah sesiapa sahaja hanya kerana mahu mengejar kekayaan didunia. Mari kita lihat satu contoh iaitu Salahuddin bin Ayubi. Para panglimanya musykil kerana beliau tidak pernah membayar zakat harta sedangkan beliau merupakan seorang sultanyang menakluk banyak tempat. Dan ketika beliau meninggal harta yang ada pada dia hanya empat dinar.

Jujur saya katakan siapa yang tidak mahu manjadi pemimpin kerana ingin dihormati. Saya sendiri mahu jadi pemimpin. Tetapi kita lihat pemimpin kita sekarang sangat mudah dihasut dan ditipu oleh godaan syaitan nirrajim. Benarkah setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin? jadi siapakah pemimpin tersebut pada zaman kita. Saya berharap kita tidak terlalu bergantung kepada orang yang lebih berpangkat tinggi daripada kita sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu doa. Kita sama-samalah berdoa agar kita berjaya menjadi pemimpin bukan untuk kelompok yang besar tetapi hanya untuk kelompok yang kecil iaitu keluarga kita.

Saya berharap agar kesemua pembaca merenung hal ini kerana ianya amat penting untuk memerangi dunia yang semakin gelap. Akhir kata siapakah pemimpin kita pada zaman sekarang. Wassalam

No comments: