Sunday, June 21, 2009

Ketajaman akal bisa menumpulkan pedang


Seperti mana yang kita tahu pedang merupakan sebuah sentaja yang paling tajam dan digunakan ketika perang pada masa dahulu. Tajamnya pedang sehingga dapat mengerat mangsanya tanpa merasakan kesakitan. Hebatnya pedang.........

tetapi ada suatu benda yang lebih tajam daripada pedang iaitu akal. Akal merupakan kurniaan pencipta kita Allah S.W.T. Akal dan pedang amat berbeza kerana pedang direka dengan menggunakan akal. Akal juga membezakan manusia dengan haiwan. Akal jika di dalam kamus bermaksud kekuatan otak untuk menimbangkan dan mencipta; daya usaha.

Cuba kita lihat keadaan sekeliling kita, apa yang kita nampak itulah hasil daripada akal. Manusia menggunakan akal untuk mencipta sesuatu yang baru. Semakin lama kita hidup semakin berkembang pemikiran akal kita. Kita akan lebih mudah menangkap sesuatu yang baru. Dahulunya pedang digunakan sebagai senjata perang tetapi kini digantikan dengan senjata api yang jauh lebih canggih dan selamat digunakan. Ini semua berganhtung kepada kita untuk menggunakan aka, jika baik niatnya maka eloklah perbuatan itu.

Akal juga digunakan untuk tujuan yang salah. Dengan akal manusia mencipta benda yang diharamkam oleh Islam. Cuba kita lihat di surat khabar, berita kita dapat melihat bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku, contohnya ragut, manusia yang kalah kepada nafsu akan melakukan perkaara seperti ini. Mereka mempunyai akal tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Marilah wahai sahabat sekalian mari kita berfikir sejenak, mengapa Allah mencipta akal yang hanya diberikan kepada manusia tetapi manusia tidak menggunakannya sebaik mungkin, bukankah ia tiada bezanya seperti haiwan yang berotak tetapi tidak berakal. Kesimpulannya, Allah S.W.T mencipta akal untuk kita hanyalah untuk beribadat kepadaNya.

Wassalam.......

No comments: