Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Lahir Ayahanda Tersayang.....



Satu hari saya pernah menelefon ke rumah saya ketika saya berada di asrama. Selalunya saya akan bercakap dengan umi saya tetapi hari tersebut saya bercakap dengan ayah saya..... setelah selesai kami berbual saya merasakan seperti ada sesuatu yang saya terlupa untuk dilakukan. Apabila diingatkan kembali saya pun bertanya kepada kawan saya berapakah haribulan hari ini. Rupa-rupanya saya terlupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seorang insan yang banyak berkorban, ayahanda Abd Nasir.

Seringkali saya berfikir bagaimana untuk saya membalas segala jasa ayah saya. Apa yang membuatkan saya terharu adalah ayah saya tidak pernah mengeluh didepan kami kerana keletihan bekerja sedangkan beliau bekerja OT, boleh dikatakan setiap hari ayah saya akan pulang lebih lambat dari waktu yang ditetapkan.

Ayah, saya masih teringat semasa kepala saya terhantuk diatas lantai, saya berasa sedikat pening dan tanpa disedari ada darah mengalir dari kening saya. Apa yang dikatakan oleh ayah saya adalah biar kat dia, yang memelikkan saya apa yang dikatakan oleh ayah saya tidak seperti perbuatannya. Sambil berkata biar kat dia beliau datang mengangkat saya dan memapah saya untuk menyandarkan saya ke dinding. Sepanjang saya terlantar kerana kejadian ini yang menjaga saya ialah ayah dan umi saya. Sehingga sekarang kesan daripada kejadian itu telah meninggalkan parut di kening saya dan setiap kali saya melihat parut ini saya teringat apa yang dikatakan oleh ayah saya.

Saya memang tidak pernah sanggup untuk melawan cakap ayah saya kerana saya tahu ayah saya tidak mahu berkeras dengan anak-anaknya. Akhir kata saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia ini. Saya tujukan sebuah lagu untuk ayah saya.......


Teringat masa kecilku kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu buatku melambung
Disisimu terngiang hangat napas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi serta harapanmu

Kau inginku menjadi yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu jauhkan godaan
Yang mungkin ku lakukan dalam waktu ku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku terbelenggu jatuh dan terinjak

Reff:
Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuh maumu

Andaikan detik itu kan bergulir kembali
Ku rindukan suasana basuh jiwaku
Membahagiakan aku yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu yang pernah terlewati

ulang Reff:






Muhammad Naufal,
Pelajar SMSTSSS,
21.07 p.m.
17 Februari 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Kalimah Alhamdulillah Disebut......

Pada tanggal 24 Disember 2009 yang lalu. aku diselubungi perasaan gementar dan penuh dengan kerisauan. Bukannya gementar dan risau kerana Allah tetapi kerana keputusan PMR....
Dua hari sebelum aku mengambil keputusan PMR, setiap derap langkah aku sering diganggu dengan kerisauan yang teramat sehingga membuatkan ku menitiskan air mata setiap kali memikirkannya. Ku titiskan air mata bukan kerana sesiapa tetapi kerana takut menghampakan impian kedua bonda yang disayangi....

Setiap kali ku berdoa diakhir doaku " Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada ku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR... selama ini aku cuma mengecewakan kedua bonda ku, tapi aku berharap Kau makbulkanlah doaku ini agar aku tidak menitiskan airmata mereka berdua lagi...". Aku terus memikirkan benda yang sama sehingga menimbulkan keinginan untuk lari dari rumah. Aku letih kerana sentiasa memikirkan benda ini, tak pernah aku menjadi sebegini rupa...

Bila tiba 24 haribulan aku bersiap awal kerana aku pergi kesekolah dengan menaiki bas. Dengan menaiki bas aku berasa sedikit lega kerana tidak pergi mengambil keputusan bersama kedua bondaku. Sebenarnya kedua bonda mempunyai urusan lain yang membuatkan aku terpaksa menaiki bas... tepat jam 7.30 aku bertolak dari rumah aku ke Kuala Nerang bersama seorang kawanku yang juga merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Aku ditemani umiku dan kakakku yang dipaksa umiku untuk menghantar aku ke Kuala Nerang. Mereka meninggalkan di stesen bas Kuala Nerang tidak keseorangan, aku ditemani dengan doa umiku sebelum aku turun dari kereta....

Selama 5 jam aku menaiki bas untuk sampai kesekolah aku di Bukit Mertajam. Sampai sahaja aku di sekolah aku, aku terus menunjukkan riak wajah yang kurang manis sehingga kawan ku membantu mengembalikan riak wajahku yang asal... aku terus bergerak menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan aku.... setibanya aku di pejabat aku bertemu kawa-kawan ku yang lain, sama seperti aku, risau menunggu keputusan yang diperoleh. Apabila tiba giliran ku aku merasakan masa seperti bergerak perlahan. Jantungku bagai nak luruh. Selesai semua urusan guruku terus memberikan slip peperiksaan PMR aku dan diiringi ucapan TAHNIAH. Aku terkejut dengan keputusan yang aku peroleh, dengan keputusan 7A 1B aku keluar dari pejabat. Diriku diselubungi dengan perasaan seronok bercampur kecewa kerana aku inginkan keputusan 8A. Aku terus menelefon kedua bondaku untuk memberitahu keputusan ini. aku takut kedua bondaku kecewa dengan ku tapi ternyata anggapan aku benar-benar salah. Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku, kini aku juga menitiskan airmata, bukan airmata risau tetapi airmata kegembiraan yang menaikkan semula semangat ku yang terpadam selama ini.

Kalimah Alhamdulillah disebutku berulang kali sehingga aku tiba di rumahku. Aku akan terus membanggakan kedua bondaku kerana apa yang aku pegang selama ini adalah "impian ibubapaku merupakan matlamat ku".


Muhammad Naufal Abd Nasir,
Pelajar SMSTSSS,
0342 a.m.
31/12/2009.

Friday, November 27, 2009

Hatiku masih hitam....

Assalamualaikum.... saya sering melamun berfikir mengenai diri saya yang sedang berada di antara yang benar dan yang salah. Memang kita fitrah manusia untuk melakukan kesilapan, tetapi jika kita muslim yang sejati, yang mukmin kita tidak mungkin akan jatuh di lubang yang sama. Saya kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat menahan nafsu (nafsu makan). Saya dapat merasakan hati saya yang gelap ini kerana setiap kali saya melakukan proses inhalation saya dapat merasakan suatu kesakitan yang jika berterusan tumbanglah saya ke dunia yang gelap.


Sekarang ini ketika saya sedang menulis saya banyak memikirkan hal duniawi berbanding hal ukhrawi. Mengenai keinginan untuk meghafal hadis mungkin amat sukar bagi saya memandangkan diri saya yang sebegini rupa...


Ya Allah, mengapa aku begini Ya Allah, aku sedar aku tidak layak untuk menjejak syurgamu tetapi Ya Allah aku juga tidak mahu tinggal di nerakamu yang penuh dengan azab sengsara... Aku sedih Ya Allah aku sedar aku hanya makhluk ciptaanmu yang hina yang kecil tetapi dipertanggungjawab untuk menjadi khalifah dimuka bumimu, Ya Allah aku takut aku tidak berjaya menjalankan amanah aku sebaiknya sepertimana yang dikehendaki-Mu.... Jika benar aku tergolong di dalam hamba-Mu yang bertaqwa maka titiskanlah airmata ku ini wahai Al-Hakim.


Jadi diatas kesempatan ini, saya Muhammad Naufal bin Abd Nasir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga di Pedu, abg Nazrul di Mesir, kak Naddia di UM, dan seluruh pelajar Islam yang sedang berusaha menegakkan syiar Islam. Dan akhir kata jangan lupa doakan Naufal Dapat 8A dalam PMR... Wassalam


Muhammad Naufal,
Pelajar SMSPP,
Kuala Nerang, Kedah.
4.31 A.M. 28 November 2009

Bolehkah ana menghafal hadis......


Sejak beberapa hari ana rasa tertarik untuk membaca buku-buku abang ana yang disusun kemas tanpa disentuh oleh sesiapa selama ini. Ana membelek buku-buku dan kitab-kitab kepunyaan abang ana yang semuanya berkaitan dengan ISLAM. Tiba-tiba ana terjumpa sebuak buku yang agak tebal dan ana baca tajuk dia adalah, Terjemah Hadis SHAHIH MUSLIM.


Saya pun tak tau apa yang terjadi kepada saya sejak kebelakangan ini terlalu berminat untuk menghafal apa-apa sahaja. Saya bukannya apa, saya rasa masih terlalu mentah untuk menghafal hadis kerana takut tersalah dan keliru untuk mengeluarkan hadis ketika berdakwah. Saya merasakan saya seorang yang sedang memimpin sepasukan tentera Islam yang bersemangat dengan kata-kata saya pabila saya mengeluarkan hadis ketika sedang bercakap.
Ada seorang senior disekolah saya, setiap kali beliau memberikan tazkirah beliau mesti akan mengeluarkan satu hadis sekurang-kurangnya dan itulah yang membuatkan saya tertarik untuk meghafal hadis sedangkan saya masih tidak sesuai dan tidak mempunyai iman seteguh iman para sahabat yang semuanya para ilmuwan.
Jadi saya ingin bertanya kepada para pembaca adakah sesuai untuk saya menghafal hadis secara bersendirian atau perlu berguru untuk menghafal hadis.Wassalam


Sunday, November 8, 2009

Siapakah yang akan memimpin kita ....


Assalamualaikum......
Seorang sahabat Salahuddin bin Ayubi berkata kepada Salahuddin "setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin". Dan kini pemimpin kita ialah Salahuddin bin Ayubi". Semua mesti mengenali hamba Allah yang bernama Salahuddin bin Ayubi penakluk Jerusalem. Beliau merupakan seorang Sultan yang pergi berperang bersama tenteranya sendiri. Beliau menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah semasa berperang untuk menjatuh empayar tentera salib yang menguasai baitul maqdis.

Apa yang saya persoalkan kepada semua sekarang siapakah pemimpin pada zaman sekarang yang akan memimpin umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh khalifah yang terdahulu. Cuba kita perhatikan pemimpin pada zaman sekarang perkara yang popular dikalangan mereka adalah rasuah. Mereka sanggup merasuah sesiapa sahaja hanya kerana mahu mengejar kekayaan didunia. Mari kita lihat satu contoh iaitu Salahuddin bin Ayubi. Para panglimanya musykil kerana beliau tidak pernah membayar zakat harta sedangkan beliau merupakan seorang sultanyang menakluk banyak tempat. Dan ketika beliau meninggal harta yang ada pada dia hanya empat dinar.

Jujur saya katakan siapa yang tidak mahu manjadi pemimpin kerana ingin dihormati. Saya sendiri mahu jadi pemimpin. Tetapi kita lihat pemimpin kita sekarang sangat mudah dihasut dan ditipu oleh godaan syaitan nirrajim. Benarkah setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin? jadi siapakah pemimpin tersebut pada zaman kita. Saya berharap kita tidak terlalu bergantung kepada orang yang lebih berpangkat tinggi daripada kita sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu doa. Kita sama-samalah berdoa agar kita berjaya menjadi pemimpin bukan untuk kelompok yang besar tetapi hanya untuk kelompok yang kecil iaitu keluarga kita.

Saya berharap agar kesemua pembaca merenung hal ini kerana ianya amat penting untuk memerangi dunia yang semakin gelap. Akhir kata siapakah pemimpin kita pada zaman sekarang. Wassalam

Friday, November 6, 2009

Cerita lawak ...

Assalamualaikum.....
Pembaca mesti sering mendengar cerita lawak dan selalunya mesti lawak bodoh... tetapi saya ada sebuah cerita lawak yang jauh lebih teruk dari lawak bodoh.
Beberapa hari yang lepas saya ada menghadiri kuliah jumaat di sekolah saya, ustaz yang memberi ceramah itu menceritakan tentang halal dan haram. Tetapi semasa beliau sedang berceramah mengenai halal dan haram beliau menceritakan mengenai sebuah fatwa yang dikeluarkan di perlis. Beliau berkata ada seorang ustaz di perlis mengeluarkan fatwa yang mengatakan menonton video lucah TIDAK haram kerana apa yang kita lihat itu tidak dapat disentuh. Katanya lagi kalau yang haramnya adalah apabila kita menyentuh kita dapat merasakan orang yang melakukan benda tersebut tetapi dalam hal menonton video lucah adalah dibenarkan kerana apa yang kita sentuh hanyalah cermin televisyen.
Memang saya mengutuk perkara ini kerana mengeluarkan fatwa tanpa dibenarkan oleh para ulama'. Hukumnya haram dan kemungkinan boleh menyesatkan sesetengah individu yang mendengar terutamanya remaja.
Ustaz yang menceritakan cerita tersebut kepada kami sudah ketawa sebelum menceritakan hal ini... memang jujur saya katakan BODOH kepada orang yang mengeluarkan fatwa yang sebegini...Wassalam

Friday, October 23, 2009

Kenapa saya berblogger...........Terima kasih abang


Saya sering bertanya kpd diri saya sendiri apa tujuan sebenarnya saya berblogger.... selepas saya tau abg saya ada blog saya terus buat blog saya..... pada usia saya yg masih belum cukup matang ni x berapa sesuai nak berblogger takut nanti akan melencong ke benda lain... biasa la remaja kan separuh daripada gila....

Memang saya akan memikirkan benda yang sama setiap kali saya buka blog saya.... apa yang bermain di fikiran saya yang lemah ini, apa mungkin saya akan menjadi seperti abang saya. Abang saya pernah mengislamkan seseorang tetapi saya masih berada diantara benar dan salah.....

Saya memang ingin berdakwah di kalangan remaja tetapi jika ingin berdakwah kena la tengok diri sendiri dulu. Di sekolah saya berjemaah di masjid setiap hari tapi bila pulang ke rumah memang susah untuk saya menjejakkan kaki ke masjid.

Tujuan saya berblogger ni semestinya ingin mengikut jejak langkah abg saya. Ikhlas saya katakan setiap perkara yang beliau ajar kepada saya x pernah saya tinggal. Dan saya amat berterima kasih kepada abg saya kerana sejak saya kecil abang saya bawak saya ke mana2 majlis ilmu yg beliau hadiri. Sekurang-kurangnya sekarang saya dapat membezakan mana yang halal mana yang haram, mana yang hak mana yang batil, mana yang betul mana salah.....

Sememangnya saya x pernah rasa putus asa kerana itulah apa yang diajarkan kepada saya oleh saya kerana saya pernah menyoal beliau, "macam mana nak jadi macam abg". Beliau menjawab "kena banyak bersabar dan teruskan usaha saya kerana lama kelamaan akan nampak natijahnya". Setiap kali saya berdoa saya akan membayangkan diri saya seperti beliau, seorang yang menpunyai ilmu yang mampu menjaminkan syurga kepadanya.

Berlenang air mata saya pabila saya menulis tajuk kerana saya sedar saya tidak mempu menjadi hamba Allah S.W.T. yang soleh dan menjaminkan syurga kepada saya..... apa2 pun ucapan yang paling sesuai untuk abg saya ialah terima kasih abang kerana telah banyak membantu naufal dalam mengubah diri naufal . Wassalam semoga abg berjaya menamatkan pengajian abg dan terus pulang ke Malaysia. Naufal di sini mendoakan kejayaan abang....