Sunday, September 13, 2009

Mengapa Islam mengharamkan Rokok !


ROkoK benda yang paling popular di kalangan lelaki masa kini kerana mungkin asapnya terlalu stail. Tajuk saya ini lebih sesuai kepada pembaca remaja yang masih belum dan sudah menjadi hamba rokok. Saya bukan mahu membuka aib sekolah saya tapi cuma untuk renungan para pembaca. Di bulan puasa ini memang tidak terkejut lah kalau di sekolah saya ada insan yang tidak berpuasa kerana alasan mereka tak larat dan insan2 ini pula merupakan perokok tegar yang berjanji untuk berhenti merokok sebulan sebelum PMR tapi apa yang terjadi rokok semakin mahal di kalangan pelajar sekolah saya. Apa yang menyedihkan saya ialah bila ada senior saya yang berkata bulan puasa ni tak boleh makan dan minum bukan tak boleh merokok. Ini boleh dianggap murtad kerana membuat hukum sendiri dan mengatakan bahawa Allah telah menghalalkan sesuatu yang haram.



Kepada remaja terutamanya berhentilah merokok kerana merokok ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan lansung tak stail kalau merokok. Dalam sebatang rokok dapat beribu-ribu nicotine dan tar yang dapat memberikan kesan negatif kepada perokok dan penghidu asap rokok.

Di bulan Ramadhan ini terdapat tiga fasa. Fasa pertama rahmat, fasa kedua pengampunan, dan fasa ketiga bebas dari neraka. Jadi kita harus berhenti meroko wassalam............

Friday, September 4, 2009

Selamat Hari Lahir kepada bonda tersayang....



Joyeux Anniversaire kepada ibundaku tersayang yang menjaga dan melindungiku dalam apa sebarang keadaan dan sentiasa memberikan respon yang mengembirakan kami walaupun anakanda telah melukai hati bonda. Bonda kami semua anakanda bonda memahami perasaan bonda dan kami akan berusaha bersungguh-sungguh terutamanya anakanda Naufal sendiri. Jika bonda mahu melihat keputusan 8A dalam PMR anakanda boleh melakukannya. Anakanda tahu anakanda banyak melakukan kesalahan kepada bonda mungkin kerana ini anakanda telah dihukum oleh Allah S.W.T. untuk gagal dalam peperiksaan yang anakanda hadapi. Semoga bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen. Seperti mana bonda tahu kami anak-anak sentiasa ingin pulang kerumah dan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada umi tetapi kami tidak dapat bersama bonda waktu itu kerana kami berada jauh daripada ibu.
Terima kasih umi wassalam........

Saturday, August 29, 2009

Keluarga Bahagia..........

Keluarga bahagia pasti diidamkan oleh setiap insan yang berumah tangga. Alhamdulillah pasangan diatas telah berjaya megharungi pelbagai rintangan dan dugaan untuk memberikan keselesesaan kepada 6 cahaya mata mereka yang sering melakukan masalah. Teringat saya masa dahulu kami sekeluarga tidak pernah berpisah, paling jauh pun Baling tapi kini dirumah mereka hanya mempunyai 2 org yang menghidupkan suasana rumah mereka kerana anak yang pertama berada di Mesir dan sibuk mencari wang untuk membiayai pernikahannya tahun depan....hehehe. Yang kedua berada di Universiti Malaya sedang sibuk belajar dan berusaha supaya cepat menghabiskannya kerana ingin berkahwin sekali dengan abgnya (jimat sket duit). Yang ketiga pula belajar di SMAP Labu, Negri Sembilan menyambung pelajarannya kerana tidak mendapat gred SPM yg elok. Dan yang keempat sedang belajar di Sek. Men. Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang. Pada tahun ni beliau akan mengambil peperiksaan PMR dan beliau berhasrat untuk mendapat keputusan 8A dan sekarang beliau sedang bertungkus-lumus mengulangkaji agar hasratnya tercapai.

"Walaupun kami sering memberikan masalah kepada umi dan ayah tetapi kami berjanji akan memberikan kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat untuk kita sekeluarga" kata keenam-enam orang anak mereka. Bersempena bulan Ramadhan ini mari kita sama2 berdoa agar Allah S.W.T. mengurniakan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarga kita. Amiin. Wassalam....

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.....

Bulan ini merupakan bulan umat nabi Muhammad S.A.W.. Kita harus bersyukur kerana dapat hidup sehingga ke hari ini untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Sepanjang bulan ini kita sepatutnya menambahkan lagi amal ibadat kita bukannya menambahkan makanan kita kerana perut kita terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama untuk udara, bahagian kedua untuk air, dan bahagian ketiga untuk makanan. Kita janganlah terlalu fill in the blank kerana jika kita terlalu banyak makan kita akan mengantuk ketika bertarawih dan ia tak ubah seperti gigolo babi.

Anak-anak mesti membantu ibu-bapa di bulan Ramadhan ini kerana mereka akan cepat merasa letih dan janganlah kita menambahkan kekusutan di kepala mereka lagi....secara jujur saya memberitahu sayalah anak yang paling menyusahkan dalam keluarga Abd Nasir kerana sayalah paling lemah dalam pelajaran dan sayalah paling x hensem.Saya suka mendengar kuliah tentang bulan Ramadhan kerana banyak perkara yang tersirat dalam bulan Ramadhan.Disamping itu, saya ingin mengucapkan Selamat Merdeka kepada semua rakyat Malaysia yang berada di dalam mahupun diluar negara.........

saya ingin mengajar satu doa kepada para pembaca......minta maaf kerana saya tak pandai tulis arab..
Bismillahhirrahmanirrahim......
Allahhumma barik la na fi rejab wa syaaban wa balighu fi Ramadhan......
Saya x ingat maksud tapi klu para pembaca faham bolehlah amalkan di bulan Ramadhan...
Wassalam.

Sunday, August 2, 2009

Orang Yang Cemerlang adalah orang yang mengingati Mati....


Mati merupakan perkara yang paling ditakuti oleh setiap makhluk yang terdapat di muka bumi ini......mati bukanlah sesuatu yang teruk malah jika ketika hidup dia banyak melakukan ibadat maka matinya merupakan tidur yang panjang. Orang yang paling cemerlang didunia ini bukanlah orang yang mempunyai ilmu yang banyak tetapi orang yang sentiasa mengingati mati.
Ada seorang sahabat ketika beliau bersolat beliau akan merasakan Allah sedang melihat dia bersolat dan malaikat maut berada di belakangnya menunggu untuk mencabut nyawanya maka kerana inilah solatnya menjadi khusyuk. Saya mencuba untuk melakukannya tetapi apa yag terjadi solat saya menjadi berterabur kerana memikirkan benda ini dan terlupa rukun solat saya. Cuba kita lihat orang yang pergi melawat ornag mati, ketika ini dia pasti akan berasa insaf dan tak akan melakukan dosa lagi tetapi itulah kita hanya insaf sekejap tetapi kemudian hari kita melakukan dosa seperti biasa.
Saya berharap agar kita renungi masa silam kita bagaimanakah kita habiskannya kerana Allah tidak akan bertanya dimana kita habiskan masa tua kita tetapi dimana kita habiskan masa muda kita.....

Saturday, July 4, 2009

Nasihat Jangan......


a) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
b) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai selipar/alas kaki, takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
c) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana membahayakan.
d)Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
e) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal ( kerana bangun awal pagi itu membuka pintu berkat ).
f) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
g)Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
h) Jangan pakai selipar atau sepatu yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
i) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
j) Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
k) Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
l) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Sunday, June 21, 2009

Ketajaman akal bisa menumpulkan pedang


Seperti mana yang kita tahu pedang merupakan sebuah sentaja yang paling tajam dan digunakan ketika perang pada masa dahulu. Tajamnya pedang sehingga dapat mengerat mangsanya tanpa merasakan kesakitan. Hebatnya pedang.........

tetapi ada suatu benda yang lebih tajam daripada pedang iaitu akal. Akal merupakan kurniaan pencipta kita Allah S.W.T. Akal dan pedang amat berbeza kerana pedang direka dengan menggunakan akal. Akal juga membezakan manusia dengan haiwan. Akal jika di dalam kamus bermaksud kekuatan otak untuk menimbangkan dan mencipta; daya usaha.

Cuba kita lihat keadaan sekeliling kita, apa yang kita nampak itulah hasil daripada akal. Manusia menggunakan akal untuk mencipta sesuatu yang baru. Semakin lama kita hidup semakin berkembang pemikiran akal kita. Kita akan lebih mudah menangkap sesuatu yang baru. Dahulunya pedang digunakan sebagai senjata perang tetapi kini digantikan dengan senjata api yang jauh lebih canggih dan selamat digunakan. Ini semua berganhtung kepada kita untuk menggunakan aka, jika baik niatnya maka eloklah perbuatan itu.

Akal juga digunakan untuk tujuan yang salah. Dengan akal manusia mencipta benda yang diharamkam oleh Islam. Cuba kita lihat di surat khabar, berita kita dapat melihat bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku, contohnya ragut, manusia yang kalah kepada nafsu akan melakukan perkaara seperti ini. Mereka mempunyai akal tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Marilah wahai sahabat sekalian mari kita berfikir sejenak, mengapa Allah mencipta akal yang hanya diberikan kepada manusia tetapi manusia tidak menggunakannya sebaik mungkin, bukankah ia tiada bezanya seperti haiwan yang berotak tetapi tidak berakal. Kesimpulannya, Allah S.W.T mencipta akal untuk kita hanyalah untuk beribadat kepadaNya.

Wassalam.......