Friday, January 28, 2011

10 Muwasofat Individu Muslim

       Assalamualaikum... setiap daripada insan yang mengucapkan kalimah syahadah itu perlu adanya 10 sifat untuk menjadi dirinya seorang individu muslim, iaitu :-

1. Salimul Aqidah (akidah yang sejahtera)                                                                                                 -seorang itu perlu memahami dan berpegang teguh kepada kalimah suci Syahadatain لااله الاالله  yang telah membuktikan bahawa dirinya telah beriman kepada Sang Pencipta yang Maha Kuasa, Allah S.W.T dan pesuruhnya Saidina Rasulullah S.A.W.                                                                                        

2. Sahihul Ibadah (ibadah yang sahih)                                                                                                       -setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai tujuan dan niat yang betul berlandaskan syarak kerana niat tidak menghalalkan cara. Setiap perkara yang dimulakan dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحم akan dikira sebagai ibadah dan sudah pasti setiap ibadah yang dilakukan mestilah ikhlas dan betul caranya, jika salah satunya tiada maka ibadah tersebut tidak akan diterima.

3. Matinul Khuluq (akhlak yang mantap)                                                                                                   -manusia yang paling sempurna akhlaknya adalah akhlak Saidina Rasulullah S.A.W. , kita manusia biasa pasti tidak dapat menandingi akhlak baginda tetapi kita telah diberikan dua benda untuk dijadikan rujukan dan menjadikannya ikutan iaitu al-Quran dan akhlak yang ditunjukkan baginda. Akhlak kita adalah al-Quran dan jika kita mengikuti apa yang terdapat di dalamnya pasti akhlak kita akan sempurna sepertimana yang ditunjukkan Saidiina Rasulullah S.A.W.   

4. Qadiran al Kasbi (mampu bekerja)                                                                                                         -kita sekiranya mampu untuk menyiapkan sesuatu perkara itu kita seharusnya  menyiapkannya waktu itu juga untuk mengelakkan daripada sikap menangguh kerja yang akhirnya akan membebankan diri sendiri.

5. Mutsaqqafal Fikri (berpengetahuan)                                                                                                     -kita sepatutnya menjadi pakar dalam bidang yang diceburi oleh kita. Peka dengan keadaan sekeliling juga amat penting kerana untuk memajukan diri sendiri kita perlu arif dalam perkara yang sedang berlaku disekeliling kita. Dengan membaca tafsir al-Quran, hadis dan sirah kita akan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan yang penting di dunia dan juga di akhirat.

6. Qawiyyul Jism (tubuh badan yang cergas)                                                                                           -memiliki tubuh badan yang sihat itu amat penting untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Untuk mendapatkannya kita perlu terlebih dahulu mempunyai tubuh badan yang bersih dan berpakaian dengan pakaian yang bersih. Tambahan pula kepada daie'-daie' amat penting sekiranya memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas untuk memudahkan lagi kita menyampaikan dakwah dan memudahkan lagi orang lain menerima dakwah kita.

7. Mujahadah ala Nafsi (mampu melawan nafsu)                                                                                     -musuh manusia selain syaitan adalah nafsu, nafsu sekiranya terlalu diikutkan akan mendatangkan kemudaratan. Menjauhi perkara-perkara yang haram itu wajib kepada setiap umat Islam kerana perkara haram itu perkara yang dibenci oleh Allah S.W.T dan cara untuk mengelak perkara haram itu adalah dengan melawan nafsu. Melawan nafsu juga dikira sebagai jihad.

8. Munazzamun fi Syu'unihi (tersusun dalam urusan)                                                                             -kita pasti mahu memudahkan urusan atau tugas kita, tetapi urusan atau tugas kita itu dilakukan dengan keadaan yang tidak tersusun dan berceramuk maka ia akan menyukarkan lagi urusan atau tugas. Untuk memastikan pekerjaan kita tersusun maka kita perlu menyusunnya dahulu sebagai contoh dengan membuat jadual harian.

9. Haarithun ala Waqtihi (menjaga waktu)                                                                                                 -jika kita bijak menjaga waktu kita maka hari-hari kita akan dilalui dengan sempurna dan mudah. Kita perlu memanfaatkan waktu dengan sebaiknya kerana waktu itu tidak dapat berpatah semula.

10. Nafi'un li Ghairihi (bermanfaat kepada orang lain)                                                                           -setiap dari kita ada haknya sendiri keatas orang lain begitu juga orang lain keatas kita. Jika kita seorang anak kita perlu menunaikan hak ibu-bapa kita kerana itulah buktinya kasih sayang kita kepada mereka dan balasan keatas jasa mereka membesarkan kita. Kita bukan sahaja perlu membantu saudara mara atau kenalan kita, kita juga perlu membantu orang yang kita tidak kenali sekiranya dia memerlukan bantuan daripada kita. jika kita tidak malu untuk membantu orang lain nescaya orang lain juga tidak malu untuk menghulurkan bantuan kepada kita sewaktu memerlukannya.

       10 sifat ini amat penting dan sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam kerana inilah yang akan membuktikan sama ada kita benar-benar beriman kepada Allah S.W.T. ataupun tidak. Wassalam...


                                                            Si Pejuang Ilmu,                                                                                                                                         

Friday, December 31, 2010

cORetAN 2010

Assalamualaikum...

Welcome 2011, haha sungguh tak dapat nak dipercayai zaman 2010 sudah berlalu tapi apapun 2010 menyimpan banyak memori dan memberi banyak pengalaman. Saya tak dapat nak menarik nafas panjang kerana hidup saya dibayangi oleh 'nightmare', apa 'nightmare' tu, haa yang ni kita tak pasti..... Sepanjang tahun 2010 saya baru belajar merangkak dalam dunia sebenar, saya baru memahami manusia dan perasaannya, saya baru memahami Pencipta dan penciptaaan-Nya.

Diri saya sendiri mempunyai pelbagai watak yang tak dapat untuk saya tafsirkannya sendiri. Dimana saja saya berada saya mempamerkan watak yang berlainan. Beberapa hari yang saya pergi berjalan-jalan di Thailand, saya belajar cara hidup masyarakat disana. Memang banyak perbezaan masyarakat di negeri orang dengan negeri kita sendiri. Orang Islam disana berbeza dengan orang Islam di Malaysia. Terlintas di hati saya untuk tinggal disana tetapi perasaan jadi bercampur baur dengan keadaan disana yang kurang aman.

Abang saya antara lelaki yang paling hebat pernah saya kenal. Sepanjang beliau di Malaysia waktu saya tidak pernah kosong kerana setiap masa ada saja ilmu yang akan saya dapat dari beliau.

Saya lebih suka belajar sesuatu dengan melihat dan bukan dengan membaca, jika saya membaca maka itu membuktikan benda itu amat penting. apabila saya melihat sesuatu perkara yang menarik saya akan membuat konklusi waktu itu juga tetapi jika saya membaca saya akan mudah lupa dengan perkara yang saya sudah baca. Pernah saya terfikir mengapa sekarang aku tidak seperti dahulu, saya mula mendapat jawapan apabila saya melakukan sesuatu keburukan otak saya menjadi lambat untuk berfikir.

Apa pun segala yang kita alami pada tahun 2010 sewajarnya diambil sebagai amalan sekiranya ia baik dan menjadikannya sempadan sekiranya ia buruk. Akhir kata, Wassalam.


Pejuang Ilmu,

1 Jan 2011...

Saturday, October 23, 2010

Remaja atau Zaman yang moden....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak membuka blog ini akhirnya dapat juga saya membukanya kerana sukar untuk mendapat sumber internet. Sepanjang saya tidak membuka blog ini saya mengkaji satu perkara yang menarik untuk diceritakan.

Saya setiap kali pulang bermalam atau keluar bersama kawan saya akan melihat keadaan sekeliling saya yang padat dengan pelabagai kerenah remaja yang semakin moden seiring dengan zaman kita sekarang.. Bagus untuk menjadi moden tetapi menjadi moden tak kena tempat amat merbahaya. Kebanyakan remaja yang bermasalah sekarang adalah orang melayu kita, saya tidak sampai hati untuk memanggil mereka islam kerana kelakuan mereka seperti orang yg bukan islam malah lebih teruk dari itu.

Beberapa hari yang lepas saya berehat di Pekan Rabu, Alor Setar saya melihat banyak remaja seperti ini dan kebanyakannya orng melayu islam yang berambut pelbagai warna, jalan terhoyong-hayang lepas minum arak, pegang plastik gam dan yang paling menyedihkan ada juga kaum hawa yang lagaknya seperti lelaki menghisap rokok, pakai baju adik sebab mak miskin, pegang lelaki sana, pegang lelaki sini, mana malunya kaum hawa zaman sekarang..

Remaja sekarang sudah leka dihanyut peredaran masa yang semakin berubah, mereka lupa dengan nasib orang islam yang ditindas dan mereka juga tidak sedar bahawa mereka juga ditindas oleh musuh islam tetapi dengan cara yang tidak nyata seperti penjualan arak, penjualan rokok kepada remaja bawah umur.. Ini semua strategi orang kafir untuk menghapuskan orang islam yang masih muda yang kurang mengambil berat untuk menyebarkan agama islam.

Siapa yang harus dipersalahkan? Ibubapa, guru, sekolah, masyarakat atau remaja itu sendiri. Sebenarnya tiada siapa yang perlu dipersalahkan jika semuanya mengikut apa yang diajari oleh Islam. Islam telah mengajar segalanya kepada umatnya merangkumi dunia dan akhirat..

Akhir kata sebenarnya Islam tidak akan pernah berubah mengikut peredaran masa seperti mana manusia.. Jika kita mengikut segala apa yang diajari oleh Rasulullah dan Pencipta-Nya maka nescaya hidup kita akan sentiasa moden dan berada di landasan yang benar. Wassalam

Remaja Islam,
13.24 pm,
24 oktober 2010,
Malaysia.

Sunday, August 8, 2010

Hebatnya sahabat Rasulullah.....

Assalamualaikum......

Setelah sekian lama saya membaca dan mendengar kisah para sahabat, saya berfikir saya harus berkongsi bersama para pembaca dan isyaallah ini akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan dan menjadi satu penunjuk arah untuk kita mencapai sesuatu yang kita inginkan...

Saidina Usman bin Affan yang diberi gelaran Zunnurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah seorang sahabat yang mempunyai personaliti yang menjadikan orang segan terhadap beliau, bukan sahaja manusia tetapi para malaikat juga. Suatu hari Rasulullah sedang berbual bersama beberapa orang sahabat antaranya Saidina Umar dan Saidina Ali, Rasulullah menarik sedikit kainnya dan tanpa disedari menampakkan sedikit paha baginda. Agak lama mereka berbual datang Saidina Usman kepada mereka, setelah Rasulullah melihat Saidina Usman datang kearah mereka maka Rasulullah pun menurunkan semula kain baginda. Para sahabat yang tadi bersama baginda pun bertanya kepada baginda "mengapa Rasulullah menurunkan kain setelah ternampak Saidina Usman" maka Rasulullah pun menjawab " aku berasa malu kepada orang yang mana para malaikat juga malu kepadanya.". Begitulah hebatnya salah seorang daripada sahabat Rasulullah yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah sejak episod pertama Islam disebarkan...

Tetapi mengapa masih ramai pihak yang menghina dan melemparkan berbagai fitnah yang munuduh perkara yang tidak baik kepada para sahabat sedangkan para sahabatlah yang berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menyebarkan agama Allah.

Fisabilillah's Teen Corp.
Pencinta Ilmu,
e[sok-sek]olah,
2021 pm,
Sunday/09.08.10

Friday, May 28, 2010

Bila Cinta Berputik.....

Sehari dua ni saya sering tersenyum bersendirian ..... saya tidak mempercayai akhirnya pasangan Abd Nasir dan Rosita akan mendapat menantu dan itu sudah semestinya akan menyempitkan lagi rumah kami. Itu tidak membimbangkan saya, tapi apa yang membimbangkan saya adalah dimana pengantin baru nanti akan tidur.... hahahaha......

Memang saya mengaku abang saya, Nazrul seorang yang kacak tetapi tetap tidak dapat melawan kehenseman ayah kami dan kemudian saya. Saya berharap cinta abang saya dan isterinya akan sentiasa bahagia....

Wassalam

Naufal Nasir a.k.a NaNas,
14.02 pm,
29/05/10,
e[Sok-Sek]olah.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Lahir Ayahanda Tersayang.....



Satu hari saya pernah menelefon ke rumah saya ketika saya berada di asrama. Selalunya saya akan bercakap dengan umi saya tetapi hari tersebut saya bercakap dengan ayah saya..... setelah selesai kami berbual saya merasakan seperti ada sesuatu yang saya terlupa untuk dilakukan. Apabila diingatkan kembali saya pun bertanya kepada kawan saya berapakah haribulan hari ini. Rupa-rupanya saya terlupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seorang insan yang banyak berkorban, ayahanda Abd Nasir.

Seringkali saya berfikir bagaimana untuk saya membalas segala jasa ayah saya. Apa yang membuatkan saya terharu adalah ayah saya tidak pernah mengeluh didepan kami kerana keletihan bekerja sedangkan beliau bekerja OT, boleh dikatakan setiap hari ayah saya akan pulang lebih lambat dari waktu yang ditetapkan.

Ayah, saya masih teringat semasa kepala saya terhantuk diatas lantai, saya berasa sedikat pening dan tanpa disedari ada darah mengalir dari kening saya. Apa yang dikatakan oleh ayah saya adalah biar kat dia, yang memelikkan saya apa yang dikatakan oleh ayah saya tidak seperti perbuatannya. Sambil berkata biar kat dia beliau datang mengangkat saya dan memapah saya untuk menyandarkan saya ke dinding. Sepanjang saya terlantar kerana kejadian ini yang menjaga saya ialah ayah dan umi saya. Sehingga sekarang kesan daripada kejadian itu telah meninggalkan parut di kening saya dan setiap kali saya melihat parut ini saya teringat apa yang dikatakan oleh ayah saya.

Saya memang tidak pernah sanggup untuk melawan cakap ayah saya kerana saya tahu ayah saya tidak mahu berkeras dengan anak-anaknya. Akhir kata saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia ini. Saya tujukan sebuah lagu untuk ayah saya.......


Teringat masa kecilku kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu buatku melambung
Disisimu terngiang hangat napas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi serta harapanmu

Kau inginku menjadi yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu jauhkan godaan
Yang mungkin ku lakukan dalam waktu ku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku terbelenggu jatuh dan terinjak

Reff:
Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuh maumu

Andaikan detik itu kan bergulir kembali
Ku rindukan suasana basuh jiwaku
Membahagiakan aku yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu yang pernah terlewati

ulang Reff:






Muhammad Naufal,
Pelajar SMSTSSS,
21.07 p.m.
17 Februari 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Kalimah Alhamdulillah Disebut......

Pada tanggal 24 Disember 2009 yang lalu. aku diselubungi perasaan gementar dan penuh dengan kerisauan. Bukannya gementar dan risau kerana Allah tetapi kerana keputusan PMR....
Dua hari sebelum aku mengambil keputusan PMR, setiap derap langkah aku sering diganggu dengan kerisauan yang teramat sehingga membuatkan ku menitiskan air mata setiap kali memikirkannya. Ku titiskan air mata bukan kerana sesiapa tetapi kerana takut menghampakan impian kedua bonda yang disayangi....

Setiap kali ku berdoa diakhir doaku " Ya Allah, Kau kurniakanlah kepada ku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR... selama ini aku cuma mengecewakan kedua bonda ku, tapi aku berharap Kau makbulkanlah doaku ini agar aku tidak menitiskan airmata mereka berdua lagi...". Aku terus memikirkan benda yang sama sehingga menimbulkan keinginan untuk lari dari rumah. Aku letih kerana sentiasa memikirkan benda ini, tak pernah aku menjadi sebegini rupa...

Bila tiba 24 haribulan aku bersiap awal kerana aku pergi kesekolah dengan menaiki bas. Dengan menaiki bas aku berasa sedikit lega kerana tidak pergi mengambil keputusan bersama kedua bondaku. Sebenarnya kedua bonda mempunyai urusan lain yang membuatkan aku terpaksa menaiki bas... tepat jam 7.30 aku bertolak dari rumah aku ke Kuala Nerang bersama seorang kawanku yang juga merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Aku ditemani umiku dan kakakku yang dipaksa umiku untuk menghantar aku ke Kuala Nerang. Mereka meninggalkan di stesen bas Kuala Nerang tidak keseorangan, aku ditemani dengan doa umiku sebelum aku turun dari kereta....

Selama 5 jam aku menaiki bas untuk sampai kesekolah aku di Bukit Mertajam. Sampai sahaja aku di sekolah aku, aku terus menunjukkan riak wajah yang kurang manis sehingga kawan ku membantu mengembalikan riak wajahku yang asal... aku terus bergerak menuju ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan aku.... setibanya aku di pejabat aku bertemu kawa-kawan ku yang lain, sama seperti aku, risau menunggu keputusan yang diperoleh. Apabila tiba giliran ku aku merasakan masa seperti bergerak perlahan. Jantungku bagai nak luruh. Selesai semua urusan guruku terus memberikan slip peperiksaan PMR aku dan diiringi ucapan TAHNIAH. Aku terkejut dengan keputusan yang aku peroleh, dengan keputusan 7A 1B aku keluar dari pejabat. Diriku diselubungi dengan perasaan seronok bercampur kecewa kerana aku inginkan keputusan 8A. Aku terus menelefon kedua bondaku untuk memberitahu keputusan ini. aku takut kedua bondaku kecewa dengan ku tapi ternyata anggapan aku benar-benar salah. Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doaku, kini aku juga menitiskan airmata, bukan airmata risau tetapi airmata kegembiraan yang menaikkan semula semangat ku yang terpadam selama ini.

Kalimah Alhamdulillah disebutku berulang kali sehingga aku tiba di rumahku. Aku akan terus membanggakan kedua bondaku kerana apa yang aku pegang selama ini adalah "impian ibubapaku merupakan matlamat ku".


Muhammad Naufal Abd Nasir,
Pelajar SMSTSSS,
0342 a.m.
31/12/2009.