Monday, March 14, 2011

Mencari Cinta Sejati...

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan

Assalamualaikum... ^_^
Cinta satu perkara yang dapat ditafsirkan dan digunakan dalam pelbagai cara. Berminat saya untuk memberi lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid Mestica dan In-Team sepertimana diatas. Lirik ini saya sengaja dahulukan kerana lirik ini memberi saya jawapan kepada persoalan yang sering bermain dalam fikiran remaja sebaya dengan saya.... Di usia remaja kita diduga dengan pelbagai ujian yang dirancang oleh Allah S.W.T. untuk hambanya iaitu kita semua. Di usia remajalah kita diibaratkan sebagai orang yang gila kerana berani mencuba pelbagai perkara termasuk yang memudaratkan kita. Bercinta satu perkara yang familiar dengan alam remaja, pada usia ini kita dianggap ketinggalan bila kita tidak ada pasangan, ini adalah pemikiran yang jauh menyimpang kerana pemikiran seperti inilah yang akan mendatangkan kesan negatif.

Mana-mana lagu pun pasti akan mengatakan cinta itu kurniaan Allah, benar dengan kenyataan ini. Allah mengurniakan perasaan cinta dan sayang kepada hambanya lelaki dan perempuan kerana hanya dengan perasaan ini sahaja satu-satu pasangan itu bertemu. Ramai remaja yang mentafsirkan bahawa cinta yang berlaku diusia remaja adalah cinta yang benar-benar datang daripada Allah dan pasti cinta yang datang daripada Allah adalah cinta yang diredhai. Remaja tidak sedar bahawa disebalik cinta yang dikurniakan Allah ini terdapat pihak lain yang cuba merosakkan cinta yang sebenarnya. Siapakan pihak ini? siapa lagi jika bukan syaitan musuh umat islam yang nyata. Perasaan suka menyukai adalah fitrah setiap manusia dan memang tidak dapat dielakkan. Oleh itu jika kita tersangkut dengan perkara ini jangan kita menunggu jawapan tetapi sepatutnya kita mencari jawapan daripada orang yang lebih arif iaitu ustaz dan ustazah serta ibu-bapa.



Sebenarnya tidak salah untuk remaja mencari cinta pada usia mereka. Cinta sepertimanakah yang sepatutnya dicari? Maksud tidak salah bukanlah bererti bercinta sesama manusia yang tidak ada batas syariat Islam. Kita perlu tahu sekiranya hubungan kita dengan Allah S.W.T. tidak dijaga maka jangan bermimpi untuk mendapatkan cinta dari manusia. Kita perlu berusaha mendapatkan cinta yang benar sejati dan abadi dahulu sebelum mencari cinta lain.

Setiap remaja harus sedar bahawa mereka adalah seorang pendai'e, bukan sahaja remaja malah sebenarnya setiap insan yang mengucapkan kalimah syahadah adalah pendai'e. Untuk remaja yang sibuk mencari cinta cuba ingat semula, apakah kita sudah melakukan tanggungjawab kita? Cinta Allah adalah yang lebih hakiki dan tiada tolok tandingnya berbanding cinta-cinta yang lain maka fikirkanlah cinta yang bagaimanakah yang kita cari sekarang ini...
Wassalam... ^_^


Pejuang Ilmu,
SMSTSSS,
11.57am,
khamis 19/05/11.