Friday, December 31, 2010

cORetAN 2010

Assalamualaikum...

Welcome 2011, haha sungguh tak dapat nak dipercayai zaman 2010 sudah berlalu tapi apapun 2010 menyimpan banyak memori dan memberi banyak pengalaman. Saya tak dapat nak menarik nafas panjang kerana hidup saya dibayangi oleh 'nightmare', apa 'nightmare' tu, haa yang ni kita tak pasti..... Sepanjang tahun 2010 saya baru belajar merangkak dalam dunia sebenar, saya baru memahami manusia dan perasaannya, saya baru memahami Pencipta dan penciptaaan-Nya.

Diri saya sendiri mempunyai pelbagai watak yang tak dapat untuk saya tafsirkannya sendiri. Dimana saja saya berada saya mempamerkan watak yang berlainan. Beberapa hari yang saya pergi berjalan-jalan di Thailand, saya belajar cara hidup masyarakat disana. Memang banyak perbezaan masyarakat di negeri orang dengan negeri kita sendiri. Orang Islam disana berbeza dengan orang Islam di Malaysia. Terlintas di hati saya untuk tinggal disana tetapi perasaan jadi bercampur baur dengan keadaan disana yang kurang aman.

Abang saya antara lelaki yang paling hebat pernah saya kenal. Sepanjang beliau di Malaysia waktu saya tidak pernah kosong kerana setiap masa ada saja ilmu yang akan saya dapat dari beliau.

Saya lebih suka belajar sesuatu dengan melihat dan bukan dengan membaca, jika saya membaca maka itu membuktikan benda itu amat penting. apabila saya melihat sesuatu perkara yang menarik saya akan membuat konklusi waktu itu juga tetapi jika saya membaca saya akan mudah lupa dengan perkara yang saya sudah baca. Pernah saya terfikir mengapa sekarang aku tidak seperti dahulu, saya mula mendapat jawapan apabila saya melakukan sesuatu keburukan otak saya menjadi lambat untuk berfikir.

Apa pun segala yang kita alami pada tahun 2010 sewajarnya diambil sebagai amalan sekiranya ia baik dan menjadikannya sempadan sekiranya ia buruk. Akhir kata, Wassalam.


Pejuang Ilmu,

1 Jan 2011...