Friday, November 27, 2009

Hatiku masih hitam....

Assalamualaikum.... saya sering melamun berfikir mengenai diri saya yang sedang berada di antara yang benar dan yang salah. Memang kita fitrah manusia untuk melakukan kesilapan, tetapi jika kita muslim yang sejati, yang mukmin kita tidak mungkin akan jatuh di lubang yang sama. Saya kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat menahan nafsu (nafsu makan). Saya dapat merasakan hati saya yang gelap ini kerana setiap kali saya melakukan proses inhalation saya dapat merasakan suatu kesakitan yang jika berterusan tumbanglah saya ke dunia yang gelap.


Sekarang ini ketika saya sedang menulis saya banyak memikirkan hal duniawi berbanding hal ukhrawi. Mengenai keinginan untuk meghafal hadis mungkin amat sukar bagi saya memandangkan diri saya yang sebegini rupa...


Ya Allah, mengapa aku begini Ya Allah, aku sedar aku tidak layak untuk menjejak syurgamu tetapi Ya Allah aku juga tidak mahu tinggal di nerakamu yang penuh dengan azab sengsara... Aku sedih Ya Allah aku sedar aku hanya makhluk ciptaanmu yang hina yang kecil tetapi dipertanggungjawab untuk menjadi khalifah dimuka bumimu, Ya Allah aku takut aku tidak berjaya menjalankan amanah aku sebaiknya sepertimana yang dikehendaki-Mu.... Jika benar aku tergolong di dalam hamba-Mu yang bertaqwa maka titiskanlah airmata ku ini wahai Al-Hakim.


Jadi diatas kesempatan ini, saya Muhammad Naufal bin Abd Nasir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga di Pedu, abg Nazrul di Mesir, kak Naddia di UM, dan seluruh pelajar Islam yang sedang berusaha menegakkan syiar Islam. Dan akhir kata jangan lupa doakan Naufal Dapat 8A dalam PMR... Wassalam


Muhammad Naufal,
Pelajar SMSPP,
Kuala Nerang, Kedah.
4.31 A.M. 28 November 2009

Bolehkah ana menghafal hadis......


Sejak beberapa hari ana rasa tertarik untuk membaca buku-buku abang ana yang disusun kemas tanpa disentuh oleh sesiapa selama ini. Ana membelek buku-buku dan kitab-kitab kepunyaan abang ana yang semuanya berkaitan dengan ISLAM. Tiba-tiba ana terjumpa sebuak buku yang agak tebal dan ana baca tajuk dia adalah, Terjemah Hadis SHAHIH MUSLIM.


Saya pun tak tau apa yang terjadi kepada saya sejak kebelakangan ini terlalu berminat untuk menghafal apa-apa sahaja. Saya bukannya apa, saya rasa masih terlalu mentah untuk menghafal hadis kerana takut tersalah dan keliru untuk mengeluarkan hadis ketika berdakwah. Saya merasakan saya seorang yang sedang memimpin sepasukan tentera Islam yang bersemangat dengan kata-kata saya pabila saya mengeluarkan hadis ketika sedang bercakap.
Ada seorang senior disekolah saya, setiap kali beliau memberikan tazkirah beliau mesti akan mengeluarkan satu hadis sekurang-kurangnya dan itulah yang membuatkan saya tertarik untuk meghafal hadis sedangkan saya masih tidak sesuai dan tidak mempunyai iman seteguh iman para sahabat yang semuanya para ilmuwan.
Jadi saya ingin bertanya kepada para pembaca adakah sesuai untuk saya menghafal hadis secara bersendirian atau perlu berguru untuk menghafal hadis.Wassalam


Sunday, November 8, 2009

Siapakah yang akan memimpin kita ....


Assalamualaikum......
Seorang sahabat Salahuddin bin Ayubi berkata kepada Salahuddin "setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin". Dan kini pemimpin kita ialah Salahuddin bin Ayubi". Semua mesti mengenali hamba Allah yang bernama Salahuddin bin Ayubi penakluk Jerusalem. Beliau merupakan seorang Sultan yang pergi berperang bersama tenteranya sendiri. Beliau menggunakan strategi yang digunakan Rasulullah semasa berperang untuk menjatuh empayar tentera salib yang menguasai baitul maqdis.

Apa yang saya persoalkan kepada semua sekarang siapakah pemimpin pada zaman sekarang yang akan memimpin umat Islam seperti mana yang dilakukan oleh khalifah yang terdahulu. Cuba kita perhatikan pemimpin pada zaman sekarang perkara yang popular dikalangan mereka adalah rasuah. Mereka sanggup merasuah sesiapa sahaja hanya kerana mahu mengejar kekayaan didunia. Mari kita lihat satu contoh iaitu Salahuddin bin Ayubi. Para panglimanya musykil kerana beliau tidak pernah membayar zakat harta sedangkan beliau merupakan seorang sultanyang menakluk banyak tempat. Dan ketika beliau meninggal harta yang ada pada dia hanya empat dinar.

Jujur saya katakan siapa yang tidak mahu manjadi pemimpin kerana ingin dihormati. Saya sendiri mahu jadi pemimpin. Tetapi kita lihat pemimpin kita sekarang sangat mudah dihasut dan ditipu oleh godaan syaitan nirrajim. Benarkah setiap satu dekad atau seratus tahun akan lahir seorang pemimpin? jadi siapakah pemimpin tersebut pada zaman kita. Saya berharap kita tidak terlalu bergantung kepada orang yang lebih berpangkat tinggi daripada kita sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu doa. Kita sama-samalah berdoa agar kita berjaya menjadi pemimpin bukan untuk kelompok yang besar tetapi hanya untuk kelompok yang kecil iaitu keluarga kita.

Saya berharap agar kesemua pembaca merenung hal ini kerana ianya amat penting untuk memerangi dunia yang semakin gelap. Akhir kata siapakah pemimpin kita pada zaman sekarang. Wassalam

Friday, November 6, 2009

Cerita lawak ...

Assalamualaikum.....
Pembaca mesti sering mendengar cerita lawak dan selalunya mesti lawak bodoh... tetapi saya ada sebuah cerita lawak yang jauh lebih teruk dari lawak bodoh.
Beberapa hari yang lepas saya ada menghadiri kuliah jumaat di sekolah saya, ustaz yang memberi ceramah itu menceritakan tentang halal dan haram. Tetapi semasa beliau sedang berceramah mengenai halal dan haram beliau menceritakan mengenai sebuah fatwa yang dikeluarkan di perlis. Beliau berkata ada seorang ustaz di perlis mengeluarkan fatwa yang mengatakan menonton video lucah TIDAK haram kerana apa yang kita lihat itu tidak dapat disentuh. Katanya lagi kalau yang haramnya adalah apabila kita menyentuh kita dapat merasakan orang yang melakukan benda tersebut tetapi dalam hal menonton video lucah adalah dibenarkan kerana apa yang kita sentuh hanyalah cermin televisyen.
Memang saya mengutuk perkara ini kerana mengeluarkan fatwa tanpa dibenarkan oleh para ulama'. Hukumnya haram dan kemungkinan boleh menyesatkan sesetengah individu yang mendengar terutamanya remaja.
Ustaz yang menceritakan cerita tersebut kepada kami sudah ketawa sebelum menceritakan hal ini... memang jujur saya katakan BODOH kepada orang yang mengeluarkan fatwa yang sebegini...Wassalam